Hi! Welcome Back and Stay Tune! Microsoft Memperkenalkan Skype Meetings – Kebolehan Buat Panggilan Dan Berkongsi Skrin Melalui Pelayar Web - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Microsoft Memperkenalkan Skype Meetings – Kebolehan Buat Panggilan Dan Berkongsi Skrin Melalui Pelayar Web

Microsoft mempunyai beberapa penawaran menarik melalui Skype, dan terkini mereka telah memperkenalkan perkhidmatan terbaru mereka yang menyasarkan pengguna dari industri kecil dan sederhana (SME), dinamakan sebagai Skype Meetings.

Skype Meetings beroperasi terus melalui pelayar web, sekaligus membolehkan pengguna mengaksesnya melalui sebarang peranti – asalkan mempunyai pelayar web, speaker, mikrofon dan juga kamera.

Skype Meetings

Skype Meetings turut hadir dengan fungsi seperti Skype untuk perusahaan, dimana pengguna boleh berkongsi skrin atau kandungan dokumen – sebagai contoh dari Power Point, dan pada masa yang sama berbincang dengan ahli kumpulan atau rakan sekerja yang lain.

Pentadbir yang memulakan Skype Meetings akan diberikan dengan sebuah pautan khas yang boleh dikongsikan kepada rakan sekerja lain yang ingin turut menyertai panggilan video berkenaan.

Buat masa ini, Skype Meetings ditawarkan di Amerika Syarikat sahaja. Ia ditawarkan secara percuma. Microsoft memberikan kemudahan untuk membuat panggilan sehingga 10 orang untuk tempoh 60 hari pertama, dan kemudian dikurangkan kepada 3 orang selepasnya.

Berkemungkinan Microsoft menyasarkan ramai perusahaan akan mencubanya dan akan melanggan pakej Office 365 selepas mencuba dan mengalami apa yang ditawarkan melalui Skype Meetings ini.

Layari : Skype Meetings






Mukah Pages berkongsi Informasi Teknoloji Terkini dari Amanz http://ift.tt/29ltqop

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.