Hi! Welcome Back and Stay Tune! HTC 10 Akan Dilancarkan Di Malaysia Secara Rasmi Pada 14 Julai – RM2799 Untuk 32GB - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

HTC 10 Akan Dilancarkan Di Malaysia Secara Rasmi Pada 14 Julai – RM2799 Untuk 32GB

Bagi anda yang menantikan telefon pintar terbaru daripada HTC, kini HTC Malaysia telah menjadualkan acara media mereka untuk pengenalan HTC 10, iaitu pada 14 Julai 2016 ini. HTC 10 dijangka akan dijual pada tarikh berkenaan, pada harga RM2799 untuk versi 32GB.

HTC 10

HTC 10 sebelum ini telah diperkenalkan pada bulan April lepas, membawakan skrin bersaizz 5.2-inci dengan paparan Quad HD, dijana menggunakan cip pemprosesan Snapdragon 820, dan hadir dengan memori 4GB RAM. Peranti HTC 10 ini menggunakan kamera 12-megapixel pada bahagian belakang yang hadir dilengkapi sokongan penstabilan imej optikal dan autofokus berasaskan laser. HTC 10 menggunakan kamera hadapan 5-megapixel yang turut dilengkapi sokongan penstabilan imej optikal.

Peranti ini membawakan beberapa teknologi terkini, termasuk penggunaan USB Type-C dengan sokongan pengecasan pantas QuickCharge 3.0, dan turut dilengkapi Android 6.0 Marshmallow dengan antaramuka HTC Sense.

Daripada apa yang disenaraikan di laman 11Street, HTC 10 dilihat akan berharga RM2799 untuk pasaran Malaysia bagi model 32GB.






Mukah Pages berkongsi Informasi Teknoloji Terkini dari Amanz http://ift.tt/29xyCYm

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.