Hi! Welcome Back and Stay Tune! BlackBerry Mengesahkan Mereka Menamatkan BlackBerry Classic - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

BlackBerry Mengesahkan Mereka Menamatkan BlackBerry Classic

BlackBerry Classic merupakan model klasik daripada BlackBerry yang mengambil elemen rekaan daripada beberapa tahun lepas, dan diberikan suntikan nafas baru serta sistem operasi yang baru. Ia boleh dikatakan antara model telefon BB10 yang diminati ramai peminat BlackBerry ketika ia diperkenalkan.

BlackBerry Classic

Namun, kini selepas beberapa tahun, BlackBerry hari ini mengesahkan yang mana mereka akan menamatkan pengeluaran untuk peranti berkenaan. Perkara ini mungkin bukan sesuatu yang luar biasa memandangkan ia telah beberapa tahun sejak diperkenalkan dan berada di pasaran.

BlackBerry mengatakan mereka akan kekal menawarkan sokongan perisian, dan bakal menawarkan BB OS 10.3.3 pada bulan hadapan. Bagi anda yang masih inginkan peranti dengan papan kekunci QWERTY mungkin boleh menyemak model seperti BlackBerry Q10 atau Q5.

Walaupun perkara seperti ini dijangka, namun apa yang menjadi persoalan ramai adalah adakah perkara sama akan berlaku untuk pelbagai model BlackBerry 10 yang lain, dan adakah BlackBerry akan memfokuskan sepenuhnya untuk peranti Android mereka.






Mukah Pages berkongsi Informasi Teknoloji Terkini dari Amanz http://ift.tt/29gYfs2

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.