Hi! Welcome Back and Stay Tune! Identiti Mangsa Kejadian Tembak Di Trafik Light Di Setapak Dikenalpasti - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Identiti Mangsa Kejadian Tembak Di Trafik Light Di Setapak Dikenalpasti

Identiti Mangsa Kejadian Tembak Di Trafik Light Di Setapak Dikenalpasti | Seorang lelaki telah mati ditembak dari jarak dekat semasa mangsa memberhentikan keretanya di lampu isyarat petang tadi.

1

Kejadian yang berlaku sekitar pukul 4 petang itu, mangsa yang dikenali Kana memandu kereta jenis Honda Accord ditembak dengan 10 das tembakan oleh empat lelaki yang menunggang dua buah motosikal di persimpangan lampu isyarat Jalan Taman Ibu Kota, Setapak.

“Keempat-empat suspek menghampiri kereta mangsa sebelum pembonceng kedua-dua motosikal turun dan melepaskan beberapa das tembakan pada tingkap bahagian kanan dan kiri kereta,” kata Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur iaitu Senior Asisten Komisioner Rusdi Mohd Isa.

Pihak polis percaya pembunuhan mangsa yang juga bapa kepada tiga orang anak yang menetap di Taman Melawati, Wangsamaju itu mungkin ada kaitan dengan kongsi gelap.

Siasatan awal mendapati mangsa adalah pemberi pinjaman wang atau ceti haram. Punca sebenar pembunuhan masih belum dapat dipastikan.

“Mangsa tidak mempunyai rekod jenayah, tetapi pernah ditangkap sebelum ini pada tahun 2014. 4 daripada peluru mengenai lengan kanan mangsa. 10 das tembakan pula menusuk ke badannya selain dari kepala dan paha mangsa turut terkena tembakan,” katanya.

Mayat mangsa telah dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur bagi proses bedah siasat. Pihak polis memohon kepada semua saksi yang berada di tempat kejadian segera tampil bagi membantu siasatan.

The post Identiti Mangsa Kejadian Tembak Di Trafik Light Di Setapak Dikenalpasti appeared first on Media Sensasi - Isu Semasa, Informasi Terkini Dan Pelik-Pelik.






Mukah Pages membawa cerita sensasi Gidei-Giyen-Ginan!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.