Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kejohanan ESL One Akan Diadakan Di Malaysia Pada Awal Tahun Hadapan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kejohanan ESL One Akan Diadakan Di Malaysia Pada Awal Tahun Hadapan

Bagi para peminat arena e-sukan, ESL merupakan salah satu kejohanan yang popular. Ia diadakan di beberapa buah negara, dan untuk tahun hadapan, ia acara ESL ini bakal diadakan untuk julung kalinya di Malaysia. Kejohanan pertama ESL di Malaysia ini akan diadakan di Resorts World Genting, dan dinamakan sebagai ESL One Genting.

ESL One Genting

ESL One Genting akan diadakan pada 6 hingga 8 Januari 2017 kelak, dan menawarkan hadiah berjumlah sehingga $250,000. ESL One Genting akan memfokuskan kepada permainan Dota 2.

Seperti biasa, ia akan membawa pelbagai pasukan ternama Dota 2 dari seluruh dunia, selain turut menyertakan salah satu pasukan Dota 2 dari Malaysia. Penganjurnya akan mengumumkan senarai pasukan yang akan menyertai kejohanan ini dalam bulan-bulan akan datang.

Untuk menjayakan acara ESL One Genting ini, ia turut menerima sokongan daripada Resorts World Genting, selain Mineski Events Team. Bagi anda yang berminat dan ingin mendapatkan maklumat lanjut berkaitan dengan ESL One Genting, boleh layari laman rasmi mereka hari ini.






Mukah Pages berkongsi Informasi Teknoloji Terkini dari Amanz http://ift.tt/2agKPze

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.