Xiaomi Redmi Pro Dilancarkan – Dilengkapi Dwi-Kamera, Helio X25 Dan USB-C
Xiaomi Redmi Pro dilancarkan secara rasmi hari ini dan spesifikasi akhirnya menyamai beberapa maklumat yang tertiris sebelum ini. Peranti ini mempunyai skrin 5.5″ AMOLED FHD, diperkasakan pemproses 10 teras MediaTek Helio X20/X25, RAM sebesar 3/4 Gigabyte dan storan 32/64/128 Gigabyte. Storan boleh ditambah lagi sebanyak 128 Gigabyte menggunakan kad MikroSD.
Kemampuan optik pula ialah dwi kamera pada bahagian belakang sebesar 13 dan 5 Megapixel. Kamera 13 Megapixel menggunakan sensor Sony IMX258 manakala kamera 5 Megapixel menggunakan sensor keluaran Samsung. Kamera selfie pula sebesar 5 Megapixel.
Hanya kamera pertama mengambil gambar manakala kamera kedua yang lebih kecil mengumpul maklumat kedalaman. Ini membolehkan pengguna melakukan pemfokusan semula selepas gambar diambil seperti yang dilihat pada sistem Camera Duo HTC. Bateri sebesar 4050 mAh membekalkan kuasa dengan sokongan pengecasan pantas melalui port USB-C. Keseluruhan peranti diperbuat daripada logam aluminium. Sebuah pengimbas cap jari diletakkan pada bahagian hadapan.
Terdapat tiga versi bakal dijual. Versi paling murah menggunakan pemproses MediaTek Helio X20 dengan storan 32 GB dan RAM sebesar 3 GB. Ini dijual pada harga RMB 1499 (~RM 915). Versi kedua menggunakan pemproses MediaTek Helio X25, RAM sebesar 3 GB dan storan 32 GB pula dijual pada harga RMB 1699 (~RM 1037). Akhir sekali model paling premium menggunakan pemproses MediaTek Helio X25, RAM sebesar 4 GB dan storan 128 GB dijual pada harga RMB 1999 (~RM 1221). Terdapat tiga pilihan warna iaitu emas, perak dan kelabu gelap.
Mukah Pages berkongsi Informasi Teknoloji Terkini dari Amanz http://ift.tt/2aJlOe9
Post a Comment