Hi! Welcome Back and Stay Tune! Microsoft Mengesahkan Sesetengah Surface 3 Mempunyai Masalah Bateri - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Microsoft Mengesahkan Sesetengah Surface 3 Mempunyai Masalah Bateri

Adakah anda pemilik Microsoft Surface 3 yang menyedari komputer tablet anda mempunyai hayat bateri yang terlalu pendek? Bateri hanya bertahan selama sejam selepas dicas sepenuhnya? Sekiranya jawapan adan adalah ya anda tidak keseorangan. Masalah ini turut dilaporkan oleh ramai pengguna Surface 3 di seluruh dunia. Microsoft hari ini mengesahkan mereka akan menyiasat masalah bateri yang dialami pengguna.

Surface 3 20150429_115057

Surface 3 menggunakan bateri dari dua pembekal berbeza. Peranti yang dilengkapi bateri yang dikeluarkan oleh syarikat SIMPLO didapati menghadapi masalah mengekalkan caj sekaligus memendekkan tempoh penggunaan. Microsoft menggesa pengguna yang mengalami masalah ini untuk menghubungi pihak khidmat pelanggan. Buat masa ini mereka sedang berusaha menyelesaikan masalah ini melalui kemas kini perisian. Bilakah ia akan diterima tidak pula diumumkan setakat ini.






Mukah Pages berkongsi Informasi Teknoloji Terkini dari Amanz http://ift.tt/2akiEjM

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.