Permohonan Guru Vokasional KPM 2016 Online
Permohonan Guru Vokasional KPM 2016 Online | Kepada mereka yang berminat untuk menjadi guru, Kementerian Pendidikan Malaysia ada membuka permohonan Guru Vokasional secara interim di Kolej-Kolej Vokasional KPM berlandaskan Skim Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP).
Jika berminat, anda boleh membuat permohonan untuk menjadi Guru Vokasional secara online sebelum tarikh tutup iaitu 7 Ogos 2016.
Tanpa perlu membuang masa lagi, apa kata kita terjah beberapa maklumat penting Permohonan Guru Vokasional KPM 2016 Online yang dikongsikan di bawah ini khas buat tatapan para pengunjung setia blog ini khususnya bakal guru.
Pengambilan Guru Vokasional 2016 Online
- Nama Jawatan/ Gred : Guru Vokasional / Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41
- Tempoh Interim : Sehingga dilantik secara tetap oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran Malaysia
- Ikuti latihan Diploma Perguruan Lepas Ijazah (DPLI) melalui Mod Latihan Perguruan Kursus Dalam Cuti (KDC) di Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) dalam tempoh yang ditetapkan
- Kumpulan Perkhidmatan : Pengurusan dan Profesional
- Klasifikasi Perkhidmatan : Perkhidmatan Pendidikan
- Taraf Jawatan : Interim
- Gaji Permulaan : RM2222.94
- Elaun Tetap dan Kemudahan : Pekeliling Perkhidmatan Bil 2 Tahun 2008 dan peraturan-peraturan Perkhidmatan Awam lain yang sedang berkuatkuasa
Aplikasi Permohonan Online
Permohonan boleh dibuat secara online menerusi Portal Rasmi Kementerian Sumber Manusia Malaysia bermula 24 Julai 2016 sehingga 7 Ogos 2016.
Aplikasi Permohonan Online : JobsMalaysia
Syarat-Syarat Kelayakan Permohonan
Di bawah ini, penulis kongsikan beberapa syarat kelayakan asas bagi pemohon yang berminat seperti :
- Warganegara Malaysia
- Sihat dan ceria sentiasa
- Berusia tak melebihi 35 tahun pada 1 Januari 2016
- Memiliki sekurang-kurangnya kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf
- Memiliki kelulusan akademik sekurang-kurangnya lulusan ijazah kejuruteraan atau vokasional Universiti Awam (UA) atau
- Memiliki Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 ke atas atau
- Lulusan Ijazah Kejuruteraan/vokasional Institut Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS) yang tiada kelayakan ikhtisas perguruan tetapi memiliki SKM Tahap 3 ke atas atau
- Lulusan Ijazah Kejuruteraan/vokasional IPTS yang ada kelayakan ikhtisas perguruan tetapi tidak memiliki SKM
atau - Lulusan Ijazah Kejuruteraan/vokasional UA/IPTS yang tiada kelayakan ikhtisas perguruan dan tidak memiliki SKM
Bidang Yang Ditawarkan
Di bawah ini, penulis kongsikan beberapa bidang yang ditawarkan kepada pemohon yang berminat seperti :
- Elektrik
- Elektronik
- Kimpalan
- Automotif
- Pemesinan Industri
- Penyejuk bekuan dan Penyaman Udara
- Pembinaan
- Kejuruteraan Mekanikal
- Kejuruteraan Awam
- Pelancongan
Cara Hubungi
Sekiranya ada sebarang pertanyaan berhubung permohonan Guru Vokasional KPM, anda boleh menghubungi alamat atau nombor telefon seperti :
BAHAGIAN PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
Aras 5 & 6, Blok E14, Kompleks E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 PUTRAJAYA.
Nombor Telefon: 03-8884 5145 / 5105 / 5107 / 5100 / 5069 / 5070
The post Permohonan Guru Vokasional KPM 2016 Online appeared first on Media Sensasi - Isu Semasa, Informasi Terkini Dan Pelik-Pelik.
Mukah Pages membawa cerita sensasi Gidei-Giyen-Ginan!
Post a Comment