Hi! Welcome Back and Stay Tune! Artisto – Aplikasi Mengubah Video Menjadi Hasil Seni - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Artisto – Aplikasi Mengubah Video Menjadi Hasil Seni

Aplikasi Prisma menjadi aplikasi terhangat minggu lalu sebelum Pokemon GO boleh dimuat turun di Malaysia. Ia mengubah gambar biasa yang ditangkap menjadi hasil seni dengan mengajuk karya artis terkemuka seperti Van Gogh, Picasso dan Monet. Pihak Prisma menjanjikan sokongan video dalam masa terdekat tetapi mereka terlebih dahulu dikalahkan oleh aplikasi Artisto.

Artisto mempunyai fungsi yang sama seperti Prisma tetapi untuk video. Pengguna boleh memilih 17 penuras yang memberikan kesan khas berbeza. Ada yang mengubah video menjadi seperti lakaran pensel dan ada juga yang mengubahnya menjadi seakan mozek. Ia boleh dimuat turun secara percuma pada platform Android dan iOS. Tiada perancangan untuk menghasilkannya untuk platform lain buat masa ini. Seperti Prisma ia memerlukan sambungan internet untuk berfungsi. Sebelum menggunakannya pastikan anda masih mempunyai kuota internet yang mencukupi.

Muat turun Artisto untuk Android menerusi Google Play [/artisto]

Muat turun Artisto untuk iOS menerusi Apple App Store [/artisto]




Mukah Pages berkongsi Informasi Teknoloji Terkini dari Amanz http://ift.tt/2aSRQEn

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.