Samsung Mungkin Hanya Akan Menghasilkan Galaxy S Dengan Skrin Dwi Lengkung Di Masa Hadapan
Samsung telah mempopularkan peranti dengan skrin melengkung pada kiri dan kanan sejak daripada 2015 yang lepas – dimana mereka telah memperkenalkan Galaxy S6 dalam dua variasi, iaitu satu paparan mendatar seperti biasa, dan satu lagi paparan melengkung pada tepi dinamakan Edge.
Selepas daripada Galaxy S6, pihak Samsung turut hadir dengan dua variasi skrin untuk Galaxy S7 – iaitu versi biasa dan juga Galaxy S7 Edge dengan paparan melengkung pada kiri dan kanan.
Bergerak ke hadapan, Samsung dilaporkan mungkin menghentikan penawaran siri Galaxy S dengan paparan mendatar, dan hanya memfokuskan kepada Galaxy S dengan skrin melengkung sahaja.
Pada tahun ini, permintaan untuk Galaxy S7 Edge dilihat lebih tinggi berbanding dengan versi biasa. Salah satu sebab untuknya mungkin disebabkan Samsung sendiri memfokuskan pemasaran untuknya, disamping menawarkan ia terlebih dahulu sebelum peranti dengan skrin paparan mendatar biasa.
Terkini, untuk Galaxy Note 7, Samsung hanya hadir dengan satu versi sahaja yang menawarkan skrin melengkung pada kiri dan kanan – dan tiada lagi penawaran dengan skrin mendatar seperti biasa. Samsung Galaxy Note 7 ialah peranti Note pertama yang muncul dalam versi skrin dwi lengkung. Sebelum ini mereka menghasilkan Note Edge tetapi tidak mendapat sambutan yang menggalakkan dan dituduh tidak mesra pengguna kidal. Penggunaan skrin lengkung pada keluarga Note ini akan dijadikan kayu pengukur penggunaannya pada peranti-peranti utama Samsung di masa hadapan.
Bagi anda, adakah anda lebih mengemari skrin dengan paparan mendatar atau turut dipanggil skrin pipih – ataupun lebih mengemari akan rekaan skrin melengkung pada kiri dan kanan yang dinamakan oleh Samsung sebagai Edge?
Mukah Pages berkongsi Informasi Teknoloji Terkini dari Amanz http://ift.tt/2aT7Pns
Post a Comment