Facebook Memperkenalkan Kamera Seakan Snapchat Menggunakan Teknologi MSQRD
Minggu lalu Instagram memperkenalkan fungsi Stories yang memadan gambar selepas dimuat naik selama 24 jam. Fungsi ini jelas meniru fungsi yang ditemui pada aplikasi Snapchat. Ini dilihat oleh penganalisis sebagai serangan balas mereka terhadap Snapchat yang kini semakin popular. Jumlah muat naik status di Facebook berkurangan sebagai 21% tahun lalu dan ia kini kurang digemari pengguna muda.
Terkini Facebook memperkenalkan fungsi kamera dengan kesan khas menggunakan teknologi MSQRD yang diambil alih oleh mereka Mac lalu. Apabila gambar diambil, pengguna diberikan pilihan menggunakan pelekat dan kesan khas yang mengubah wajah pengguna. Ya sekali lagi fungsi seakan Snapchat diintegrasikan ke dalam aplikasi mereka. Buat masa ini fungsi ini terhad kepada pengguna di Brazil dan Kanada.
Nampaknya Mark Zuckerberg percaya bahawa sekiranya anda tidak boleh mengalahkan pesaing (dalam kes ini gagal membeli Snapchat) anda hanya perlu mengikut apa yang mereka lakukan. Ini selari dengan prinsip Pablo Picasso bahawa artis yang baik meniru manakala artis yang hebat pula mencuri.
Mukah Pages berkongsi Informasi Teknoloji Terkini dari Amanz http://ift.tt/2aEapuJ
Post a Comment