Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kesemua Isu Majalah Nintendo Power Kini Boleh Dibaca Percuma Di Atas Talian - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kesemua Isu Majalah Nintendo Power Kini Boleh Dibaca Percuma Di Atas Talian

Sekiranya anda seorang gamer tua, majalah Nintendo Power ialah “kitab” yang harus dibeli setiap bulan bagi mendapatkan tips dan kod mengelat untuk permainan Nintendo terkini. Sebelum adanya internet majalah permainan seperti ini ialah satu-satunya sumber untuk mendapatkan berita permainan yang sudah dijual atau bakal dijual. Majalah ini mula dijual pada tahun 1988 sebelum dihentikan pada tahun 2002. Kepada yang ingin bernostalgia, kesemua 145 isu Nintendo Power kini boleh dibaca dengan lengkap di atas talian.

Nintendo-Power-1

Paling menarik ia boleh dibaca dan dimuat turun secara percuma menggunakan pelbagai peranti pintar sedia ada. Semasa kami muda belia dahulu majalah ini kami beli setiap bulan walaupun dijual pada harga yang agak mahal (sekitar RM 15 pada dekad 90an). Hampir kesemua majalah yang dibeli kini sudah dimakan anai-anai kerana disimpan di dalam kotak kadbod. Membaca semula isu khas untuk Super Mario Brothers 3, Ninjad Gaiden, Golden Eye, Perfect Dark dan Turok membuatkan kami terasa seperti menggunakan mesin masa. Kepada yang tidak pernah membaca Nintendo Power, ini masa yang tepat untuk melihat evolusi grafik permainan video. Pautan arkib Nitento Power adalah seperti di bawah.






Mukah Pages berkongsi Informasi Teknoloji Terkini dari Amanz http://ift.tt/2aT6aOD

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.