Hi! Welcome Back and Stay Tune! Cara Menghalau Lalat Dari Rumah - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Cara Menghalau Lalat Dari Rumah

Cara Menghalau Lalat Dari Rumah | Lalat merupakan sejenis serangga yang sangat kotor dan merimaskan sekiranya terdapat di dalam rumah. Cara lalat makan adalah dengan memuntahkan air liurnya dan menyerap semula makanan masuk ke dalam perut melalui belalainya.

lalat

Maka, tidak hairan kalau lalat dikatakan sebagai serangga yang pengotor dan boleh menyebarkan pelbagai penyakit kepada manusia.

Tanpa perlu membuang masa, apa kata kita terjah Petua Menghalau Lalat Dari Rumah yang dikongsikan oleh Media Sensasi di bawah ini khas buat tatapan para pengunjung setia blog ini.

Cara Menghalau Lalat Dari Rumah

  • Penyapu Lidi

Ambil lidi dalam lebih kurang segengam kecik dan ikat. Kemudian pukul ke arah lalat, pasti ramai penduduk lalat yang akan tersungkur.

  • Penampar Lalat

Hanya tampar pada lalat yang bebas berterbangan di kawasan sekitar, halakan tamparan maut pada si binatang durjana itu.

  • Kertas gam lalat

Letakkan kertas gam lalat pada tempat terbuka dan umpan lalat datang di kertas tu dengan meletakkan ikan bilis di bahagian tengah. Bila lalat sedang berterbangan, pasti ada yang akan melekat pada kertas gam itu.

  • Bunga cengkih dan kulit kayu manis

Letakkan bunga cengkih ke dalam cawan yang berisi air di dapur atau meja makan. Bagi kulit kayu manis pula, kita boleh hiris sedikit kulit kayu manis dan letakkan di dapur atau atas meja. Aroma yang terhasil dari bunga cengkih dan kulit kayu manis akan membuatkan lalat lari dari sana.

  • Lilin

Lilin yang digunakan untuk menerangi kegelapan malam juga boleh diguna pakai untuk menghalau lalat. Caranya letakkan lilin di atas meja makan, nanti lalat akan lari.

  • Daun kari

Ambil beberapa helai daun kari dan kipas-kipaskan kat meja makan. Atau kita boleh juga letakkan ia dalam cawan dan letakkannya di bahagian dapur atau di atas meja makan.

  • Limau Kasturi

Hiris limau kasturi ke dalam mangkuk kemudian gunakan tuala atau kain lap dan sapu secara rata di kawasan yang selalu dihinggapi lalat.

The post Cara Menghalau Lalat Dari Rumah appeared first on Media Sensasi - Isu Semasa, Informasi Terkini Dan Pelik-Pelik.






Mukah Pages membawa cerita sensasi Gidei-Giyen-Ginan!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.