Hi! Welcome Back and Stay Tune! Permohonan Laluan Khas Ke Program Bacelor UPM Sesi 2016 / 2017 - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Permohonan Laluan Khas Ke Program Bacelor UPM Sesi 2016 / 2017

Permohonan Laluan Khas Ke Program Bacelor UPM Sesi 2016 / 2017 | Berita baik buat semua generasi Y, Universiti Putra Malaysia telah membuka Permohonan Laluan Khas Ke Program Bacelor UPM Sesi Akademik 2016/ 2017 seperti dikongsikan menerusi fanpage rasmi. Permohonan perlu dibuat menerusi Aplikasi Permohonan Online mulai pukul 2 petang yang bertarikh 8 Ogos 2016.

Permohonan Laluan Khas Ke Program Bacelor UPM

Tanpa perlu membuang masa, apa kata kita terjah Permohonan Laluan Khas Ke Program Bacelor UPM Sesi 2016 / 2017 yang dikongsikan oleh Media Sensasi di bawah ini khas buat tatapan para pengunjung setia blog ini.

Permohonan Laluan Khas Ke Program Bacelor UPM Sesi 2016/ 2017

Tarikh Buka Permohonan : Jam 2 petang bertarikh 8 Ogos 2016
Tarikh Tutup : 31 Ogos 2016
Aplikasi Permohonan : KLIK SINI

Kriteria permohonan Laluan Khas

Sasaran – Tawaran mod kemasukan ini membabitkan kepada pelajar yang mahu melanjutkan pelajaran pada peringkat Ijazah pertama di UPM. Tawaran ini diberikan kepada calon yang tidak berjaya mendapat pengajian di mana-mana Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) selepas pengumuman yang diumumkan oleh pihak UPU.

Kriteria Asas Pemilihan

Di bawah ini, penulis kongsikan beberapa kriteria asas pemilihan yang diguna pakai oleh puhak UPM seperti :

  • Pendapatan Isi Rumah kurang daripada RM 1500 sebulan
  • Bilangan tanggungan melebihi 5 orang atau lebih
  • Status ibu atau bapa calon (tunggal)
  • Anak yatim
  • Status kesihatan atau kecacatan calon
  • Status kesihatan atau kecacatan ibu bapa atau penjaga calon
  • Lokasi tempat tinggal calon (luar bandar)

Kelayakan

Pelajar yang diberikan kemudahan bagi mod kemasukan ini harus memenuhi Syarat Am Universiti dan Syarat Khas Program Pengajian.

Kaedah Pemilihan

Pemilihan akan dibuat berlandaskan kepada merit markah kriteria pemilihan seperti yang disebutkan di atas. Calon yang berjaya akan dihubungi bagi menyemak tawaran. Calon yang tak mendapat sebarang maklum balas selepas sebulan dari tarikh tutup permohonan, permohonan anda dianggap tak berjaya.

Pembiayaan

UPM tidak akan memberi apa-apa pembiayaan kepada pelajar yang ditawarkan. Para pelajar yang berjaya perlu memohon pembiayaan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) atau bantuan kewangan lain berlandaskan kepada beberapa syarat yang telah ditetapkan.

Borang permohonan dan semua salinan sijil dan dokumen yang dilampirkan perlu disahkan oleh Pegawai Kerajaan dalam kumpulan Pengurusan dan Profesional.

Sila baca dengan teliti panduan permohonan sebelum membuat permohonan bagi memastikan permohonan calon diproses dengan betul.

Borang permohonan bersama salinan dokumen hendaklah dihantar kepada :

Ketua Pentadbiran Akademik dan Antarabangsa,
Bahagian Kemasukan dan Bahagian Urus Tadbir Akademik
Tingkat 1, Bangunan Pentadbiran,
Universiti Putra Malaysia,
43400 UPM SERDANG,
Selangor.

Cara Hubungi

Di bawah ini, penulis kongsikan cara bagaimana anda bertanyakan sebarang soalan jika terdapat sebarang keraguan seperti :

Pejabat Am : 603-8946 6059/603-8946 6060
E-Mel : akd@upm.edu.my

The post Permohonan Laluan Khas Ke Program Bacelor UPM Sesi 2016 / 2017 appeared first on Media Sensasi - Isu Semasa, Informasi Terkini Dan Pelik-Pelik.






Mukah Pages membawa cerita sensasi Gidei-Giyen-Ginan!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.