Tips Parking Kereta Bay Reverse
Tips Parking Kereta Bay Reverse | Pasti anda pernah mengalami situasi seperti ini, ketika sedang mencari ruang parkir, anda terlepas satu ruang parkir yang kosong. Semestinya anda rasa malas mahu pusing balik, betul tak? Lebih mendukacitakan, ada kereta lain yang masuk dahulu.
Pada entri kali ini, mari kita belajar Teknik Parking Kereta Bay Reverse yang dikongsikan oleh Media Sensasi di bawah ini khas buat para pengunjung setia blog ini.
Tips Parking Kereta Bay Reverse
- Pastikan kereta anda tidak terlalu rapat dengan barisan parking. Mahu mula dari tengah-tengah jalan pun boleh. Jika terlampau rapat, pasti anda akan terlanggar bumper kereta di sebelah petak yang kita mahu parkir.
- Posisikan kereta di petak ketiga, gunakan bahu korang sebagai tanda dan agak-agak selari dengan garisan ketiga. Anda mahu ke hadapan sedikit lagi pun tiada masalah.
- Masuk gear reverse dan apa tunggu lagi, reverse dengan perlahan-lahan. Kalau terlalu laju, takut-takut anda akan tersondol kereta di sebelah atau sesuatu di belakang.
- Reverse dengan perlahan-lahan, bila bahu korang dah masuk petak ketiga, mula pusing stereng sampai habis. Sebelum anda masuk petak yang kedua, kena habis pusing.
- Kunci stereng, reverse lagi sampai kereta korang mula masuk petak. Tengok pada cermin yang ada. Jika perlu, tengok belakang juga. Kalau tak lepas, anda perlu melaraskan semula kedudukan.
- Reverse sampai kereta anda selari dengan kereta sebelah. Jangan terleka pula, berhenti dan bidas semula stereng ke kedudukan asal.
- Teruskan reverse sampai kereta anda masuk petak dengan betul.
- Kalau senget ke, rapat sangat dengan kereta sebelah ka, maju ke depan dan laraskan posisi.
The post Tips Parking Kereta Bay Reverse appeared first on Media Sensasi - Isu Semasa, Informasi Terkini Dan Pelik-Pelik.
Mukah Pages membawa cerita sensasi Gidei-Giyen-Ginan!
Post a Comment