Hi! Welcome Back and Stay Tune! Cybathlon – Sukan Olimpik Bionik Akan Diadakan 8 Oktober Hadapan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Cybathlon – Sukan Olimpik Bionik Akan Diadakan 8 Oktober Hadapan

Saya aku saya seorang warga tua. Semasa masih kanak-kanak rancangan Six Million Dollar Man ialah rancangan yang amat kami minati. Kepada yang tidak pernah menontonnya, Steve Austin ialah manusia yang dilengkapi anggota bionik selepas terlibat di dalam kemalangan. Anggota bionik berkuasa nuklear yang digunakan membolehkan beliau mempunyai kekuatan adiwira. Penggunaan teknologi bionik kini sudah menjadi realiti. Oleh itu Cybathlon, Olimpik anggota bionik akan berlangsung 8 Oktober hadapan di Switzerland.

Terdapat enam acara yang akan dipertandingkan bagi melihat sistem bionik manakah yang terbaik di dunia. Anggota bionik yang diuji ialah kerangka luaran (exoskeleton), sistem kawalan gelombang otak, kaki serta tangan palsu, kerusi roda berkuasa dan basikal stimulasi otot. Tidak seperti acara Paralimpik yang sedang berlangsung sekarang, atlet yang bertanding bukanlah manusia. Antara contoh acara yang bakal diadakan ialah menguji kepantasan dan kemampuan tangan palsu robotik melakukan tugasan harian.

Tujuan Cybathlon dianjurkan ialah bagi mempertingkatkan kemampuan anggota palsu pintar untuk kegunaan golongan OKU. Mungkin di masa hadapan kemampuan fiksyen Steve Austin kan menjadi kenyataan. Selepas ini Cybathlon akan diadakan di Tokyo pula pada tahun 2020.






Mukah Pages berkongsi Informasi Teknoloji Terkini dari Amanz http://ift.tt/2cS8AAT

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.