Hi! Welcome Back and Stay Tune! PRU-14, dijangka Mac tahun depan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

PRU-14, dijangka Mac tahun depan

KUALA LUMPUR: Pilihan raya umum (PRU) ke-14 dijangka diadakan seawal Mac atau April tahun depan.

Adakah parti pembangkang sudah bersedia untuk menentang Barisan Nasional?

Ketika sebahagian rakyat dan pengundi di negara ini amat mengharapkan bahawa parti pembangkang akan bersatu, hakiikatnya adakah mudah untuk menyatukan mereka?

Dengan ideologi, dasar dan personaliti pemimpin yang amat berbeza, mungkinkah mereka dapat bersatu?

Hakikatnya, selagi Pakatan Harapan, Pas dan parti baharu pimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad gagal untuk bersatu, tidak usahlah bercita-cita besar untuk menumbangkan BN.

Bekas menteri besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim mempunyai pengalaman dari segi usaha menyatupadukan pembangkan kerana beliau pernah bersama-sama mereka.

Sejak Pas keluar Pakatan Rakyat, pakatan pembangkang boleh dikatakan bercelaru sehingga akhirnya terbentuk Pakatan Harapan.

Namun, masih adakah harapan untuk Pakatan Harapan?

Kini, sudah ada Parti Amanah Negara (Amanah) dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang menambahkan lagi bilangan parti pembangkang.

Dengan jumlah parti pembangkang yang semakin banyak, bagaimanakah mereka dapat duduk semeja berkaitan dengan agihan kerusi.

PKR, DAP dan Amanah membentuk gabungan pembangkang yang dikenali sebagai Pakatan Harapan di satu pihak. Sementara Pas pula membentuk gabungan pembangkang dinamakan Gagasan Sejahtera (GAGASAN) bersama Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan).

Hanya dengan kesatuan fikiran dan misi, mereka dapat berdepan BN satu lawan satu.

Masalahnya, bagi pemimpin politik, mereka fikir parti mereka kuat dan mereka dapat menang kerusi  yang dituntut  sehingga mereka sukar berkompromi.

Akhirnya, mereka berputih mata.

Buktinya, tengok apa yang telah berlaku di Sungai Besar dan Kuala Kangsar.

Khalid yang pernah menjadi setiausaha agung PKR pada 2007  sebagaimana dipetik bnbbc mendedahkan bagaimana sukarnya untuk berunding dengan Pas dan DAP ketika itu bagi memastikan pertembungan satu lawan satu.

Sebagai orang tengah dalam perundingan berkenaan,  Khalid berdepan banyak cabaran.

“Pada bulan Disember 2007, untuk buat perbincangan antara DAP dengan Pas, saya terpaksa ada dua meeting (mesyuarat), apabila saya jumpa Pas mereka nak duduk sama dia, bila saya jumpa DAP mereka nak duduk sama dia, jadi saya jadi orang tengah, mereka tidak mahu duduk semeja, minum teh pun tak mahu, itu 2008,” katanya.

“Itu sebab walaupun kita minta tolong ada pertandingan satu lawan satu, tapi pengalaman saya hanya apabila kita menang pada 2008 baru lah mereka nak duduk bersama, jadi maknanya ia bukan mudah,” kata Khalid lagi.

Keadaan sama, kata mantan Menteri Besar Selangor itu dilalui sekali lagi semasa PRU-13 membabitkan isu pembahagian kerusi.

Malah, Khalid berkata, lebih buruk lagi hendak pilih tempat untuk parti pembangkang bertanding pun sehingga terpaksa bergaduh satu sama lain.

“Jadi masa PRU-13, kita nak pilih calon untuk Selangor, malah nak pilih tempat pun bergaduh juga, itu bukan satu perkara mudah. Jadi kita mesti terima keadaan tersebut, bukan satu keadaan yang mudah,” katanya.

Menurut Khalid lagi, halangan tersebut berpunca daripada perbezaan prinsip antara kedua-dua parti yang mahu mengikut cara masing-masing.

“Kedua, soal prinsip, Pas ada prinsip sendiri, DAP tak terima Pas kerana keadaan Pas yang mempunyai cita-cita negara ini ditadbir ikut syariah.

“Jadi kalau nak diubah memang susah,” ujarnya.

Oleh sedemikian, Khalid berkata DAP terpaksa mengambil jalan dengan memecahkan pemimpin dalam Pas sehingga menyaksikan terbentuknya Amanah dan perpecahan tersebut akan tetap berterusan.

“Jadi nampaknya sekarang untuk selesaikan perkara ini, pihak DAP cuba memecahkan Pas dengan cara membahagi dua, satu kumpulan yang dipanggil Amanah dan juga Pas,” tambahnya.

Perpecahan ini menurut Khalid akan berterusan kerana Pas tidak terima mereka yang mungkir janji. Sarawakvoice



Kredit : SarawakVoice.com

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.