Twitter Tidak Lagi Akan Mengira Media Dalam Pengiraan Had Aksara Bermula 19 September
Twitter sebelum ini telah diperkatakan akan mempertingkatkan penawaran had aksara mereka kepada pengguna, dan kini mengikut laporan baru, ia dikatakan Twitter akan mula mengimplementasikannya bermula daripada 19 September 2016 ini.
Bermula daripada tarikh berkenaan, Twitter tidak lagi akan mengambil kira penggunaan media seperti gambar, video, pautan dan sebagainya dalam pengiraan had aksara. Tweet yang dipetik juga tidak akan dikira dalam pengiraan had yang sama.
Dengan penawaran tambahan ini, ia sekaligus membolehkan pengguna berkongsi teks yang sedikit lebih panjang berbanding dengan biasa.
Disamping itu, Twitter turut telah diperkatakan tidak akan mengambil kira penyertaan nama pengguna dalam membalas sesuatu Tweet – tetapi ia tidak diketahui sama ada Twitter akan turut memperkenalkannya pada minggu hadapan atau sebaliknya.
Pihak Twitter tidak mengeluarkan sebarang komen atas laporan baru ini, dan mungkin kita akan mengetahui jawapan untuknya pada minggu hadapan.
Mukah Pages berkongsi Informasi Teknoloji Terkini dari Amanz http://ift.tt/2c55bc4
Post a Comment