Hi! Welcome Back and Stay Tune! Hari Malaysia dan PRU-14: Gunakan lebih banyak otak daripada hati - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Hari Malaysia dan PRU-14: Gunakan lebih banyak otak daripada hati

Pilihan raya umum (PRU) Ke-14 diramalkan akan diadakan pada bulan Mac atau April tahun depan. Sama  ada isu semasa mengenai politik negara  di peringkat nasional menguntungkan pembangkang dalam pilihan raya umum ke-14, babnyak bergantung kepada sejauh mana parti pembankang termasuk  parti baharu yang diterajui Tun Dr Mahathir Mohamad dapat bersatu.

Didapati bahawa isu  harian utama  yang dianggap mempengaruhi kehidupan pengundi ialah kenaikan harga barang yang berkaitan langsung dengan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST),  peluang kerja, kemiskinan, pembangunan, kos sara hidup dan ekonomi. Sesungguhnya, soal  kenaikan harga barang dan kos sara hidup yang meningkat sentiasa membimbangi pengundi di 222 kawasan Parlimen nanti.  

Berkaitan isu negeri Sarawak, didapati bahawa isu  utama yang menjadi keprihatinan mereka ialah isu perumahan peluang pekerjaan, autonomi dan Sarawak untuk orang Sarawak, kemiskinan, kepemimpinan Ketua Menteri, dan  Tanah Adat Bumiputera.  Isu-isu lain yang turut dinyatakan ialah rasuah, 1MDB, BR1M,  kemudahan asas, harga petroleum, royalti minyak, isu Petronas, dan janji pilihan raya negeri lalu.  

Yang ketara, bagi pengundi di luar bandar, isu  pembangunan kelihatannya  sentiasa menjadi perhatian mereka. Bagi Barisan Nasional (BN), isu inilah untuk sekian lama diperjuangkannya, malah menjadi daya tarikan politik yang ampuh. Hakikatnya, pengundi luar bandar memerlukan keperluan asas seperti sekolah, klinik, jambatan, rumah untuk rakyat miskin, jalan masuk kampung, melebarkan jalan raya, menyediakan tangki air, membina menara telekomunikasi, dan menyediakan kemudahan internet.

Penduduk di luar bandar juga mahu kerajaan menyediakan kemudahan  mesin automatik pengeluaran wang (ATM) dan stesen minyak. Bagi pembangkang pula, mereka gunakan wacana tandingan, dengan menuduh kerajaan tidak berjaya bawa pembangunan ke kawasan luar bandar. Justeru, DAP laksanakan projek simbolik Impian Sarawak.

Isu Gerakan Sabah, Sarawak Keluar Malaysia (SSKM)  dan Sarawak untuk orang Sarawak serta Sabah untuk orang Sabah, kelihatannya relevan dalam kalangan pengundi muda dan berpelajaran yang terdedah kepada media baharu seperti Facebook, blog dan portal media alternatif.  

Gerakan ini berpunca daripada tanggapan atau persepsi bahawa sejak penubuhan Malaysia pada 1963, Sarawak masih lagi berada di belakang dari segi pembangunan.

Kerajaan persekutuan dipersepsi telah tidak memberi layanan sepatutnya kepada Sarawak dan Sabah.  Sebanyak 13.06 peratus daripada responden menyatakan bahawa gerakan SSKM merupakan antara isu negeri yang memberi kesan dalam pengundian nanti.

Adakah kerajaan persekutuan telah melayan Sarawak dengan adil sejak 53 tahun lalu?  Peratusan yang agak tinggi memberi jawapan negatif.  Justeru,  kerajaan perlu tangani persoalan ini dengan berkesan, termasuk dengan menggunakan media alternatif dan media baharu kerana gerakan tersebut giat diwacanakan melalui media baharu. Selepas Malaysia ditubuhkan 53 tahun lalu, sentimen sedemikian tidak seharusnya dibenarkan untuk berkembang dalam kalangan rakyat.

Kita akan menyambut Hari Malaysia pada Jumaat ini, maka segala strategi dan langkah perlu diambil bagi memastikan kesepaduan sosial dan integrasi nasional diperkukuh, dengan tidak membiarkan sentimen kenegerian yang keterlaluan mendominasi.

Rakyat perlu bersikap rasional dan bukannya emosional. Maksudnya gunakan lebih banyak otak daripada hati agar tanggapan dan pemikiran menjadi lebih berimbang dan objektif. – Sarawakvoice



Kredit : SarawakVoice.com

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.