LEBIH OLIMPIK DARI OLIMPIK
Kita baru dan masih berbangga dengan pencapaian atlit-allit negara di Sukan Olimpik Rio de Janeiro di Brazil. Atlit kebangsaan telah berjaya mengungguli empat pingat perak dan satu bangsa, suatu pencapaian terbaik setakat ini.
Atlit paralimpik pula sehingga ini telah berjaya menggapai tiga pingat emas dan sekaligus menyebabkan sudah tiga kali lagu Negaraku berkumandang di bumi Brazil.
Tahniah kepada semua atlit yang membanggakan negara itu.
Namun, di sebalik kebanggaan yang masih berbunga-bunga, semalam kita juga didedahkan oleh WSJ yang beritanya turut dibaca di seluruh dunia berkenaan “kegemilangan” perbelanjaan isteri Perdana Menteri, Rosmah Mansor yang didakwa berbelanja sebanyak AS$6 juta atau kira-kira RM24 juta untuk membeli pakaian, kasut dan barang-barang kemas.
Berdasarkan dokumen yang diteliti oleh WSJ, perbelanjaan itu didakwa dilakukan antara 2008 hingga 2015 di beberapa butik terkenal di seluruh dunia dan dicaj melalui kad kredit milik Najib Razak yang mempunyai gaji tahunan sekitar AS$100 ribu.
WSJ seterusnya mendakwa kad kredit itu berkaitan dengan dana 1MDB.
Wowww…ini juga suatu pencapaian sebenarnya. Tidak ramai yang kita dengari mampu berbelanja semewah itu. Makcik Felda barangkali tak terbayangkan berapa guni wang RM24 juta itu.
Kalah pencapaian emas Olimpik dibuatnya.
– http://ift.tt/1Ka9Gf1
.
Contributer : Malaysia Chronicle http://ift.tt/2cAvuME
Post a Comment