Hi! Welcome Back and Stay Tune! iMessage App Store Kini Aktif Dalam Membolehkan Anda Menambah Sticker Dan Aplikasi Ke Mesej - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

iMessage App Store Kini Aktif Dalam Membolehkan Anda Menambah Sticker Dan Aplikasi Ke Mesej

Apple ketika pengenalan iOS 10 tempoh hari turut telah memperkenalkan sebuah fungsi baru pada iMessage, iaitu sebuah kedai aplikasi khusus yang membolehkan para pengguna memuat-turun kandungan tambahan seperti sticker, aplikasi dan juga permainan untuk digunakan bersama di iMessage.

iMessage Apps

Melalui integrasi ini, ia menjadikan interaksi anda lebih interaktif. Sebagai contoh, pengguna boleh memilih untuk memuat-turun sticker kegemaran daripada watak-watak yang diminati dan menggunakannya dalam menghantar mesej kepada rakan. Disamping itu, pengguna turut boleh memuat-turun aplikasi khusus yang diintegrasikan terus pada iMessage, dan menggunakan ia terus pada iMessage tanpa perlu meninggalkannya – termasuk mencari gambar GIF, membuat pembayaran dan sebagainya.

Fungsi baru ini hadir kepada pengguna iPhone bersama-sama iOS 10 yang akan ditawarkan kepada semua bermula daripada esok.






Mukah Pages berkongsi Informasi Teknoloji Terkini dari Amanz http://ift.tt/2c6TTZL

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.