Hi! Welcome Back and Stay Tune! ‘Husam BUKAN penentu kekuatan PAN’ - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

‘Husam BUKAN penentu kekuatan PAN’

KOTA BHARU – Penyertaan bekas Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa ke dalam Parti Amanah Negara (PAN) belum tentu berupaya memperkuatkan parti tersebut.
Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Ahmad Yakob berkata, masih terlalu awal untuk membuat andaian kononnya PAN kini semakin kuat selepas Husam memilih berjuang dalam parti itu.

“Nak tahu kuat ke tak kuat, tunggu pilihan raya nantilah,” katanya ketika ditemui pembe­rita selepas menghadiri sambutan Hari Kebangsaan Ke-59 di Stadium Mini Ketereh di sini hari ini.

Yang turut hadir, Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah; Pengarah Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) negeri, Datuk Makhtar Mustapha dan barisan Exco Kerajaan Negeri.

Husam yang dipecat daripada Pas April lalu kerana lantang mengkritik kepimpinan tertinggi parti, mengumumkan menyertai PAN dalam satu majlis makan malam di Cyberjaya semalam.

Terdahulu, sambutan Hari Kebangsaan Ke-59 disambut sederhana di Stadium Mini Ketereh dengan penyertaan 1,749 peserta daripada 59 kontinjen jabatan dan agensi Kerajaan Persekutuan dan negeri.

Sambutan tersebut dimeriahkan dengan perbarisan 59 Jalur Gemilang dan 59 bendera ne­geri Kelantan sebagai simbolik 59 tahun negara mencapai kemerdekaan.

Sementara itu, Pas Terengganu turut menyelar bekas Naib Presiden Pas itu yang mendakwa para pemimpin Pas telah mengkhianati perjuangan rakyat ketika mengisytiharkan memasuki PAN.

Pesuruhjayanya, Satiful Bahri Mamat berkata, sepatutnya Husam perlu ‘cermin diri’ terlebih dahulu sebelum menyalahkan pihak lain, semata-mata untuk melindungi kesilapan yang dilakukannya sebelum ini.

Pada hakikatnya kata beliau, ramai sedia maklum Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Salor itu yang meng­khianati rak­yat khususnya ahli Pas, bukannya pemimpin Pas.

“Sekarang ini kita tengok, siapa sebenarnya yang khianat kalau bukan dia. Selama ini pun dia banyak buat ‘bising’ dan sejak mula wujud serpihan Pas sehingga tertubuhnya PAN, dia dilihat sudah lama cenderung ke arah itu,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Satiful Bahri yang juga ADUN Paka menjelaskan, sebelum ini Husam lantang mengkritik dasar dan kepemimpinan Pas de­ngan menggunakan saluran yang tidak sepatutnya.

“Bermacam kritikan dilemparkan kepada parti tanpa melalui saluran sewajarnya. Sebenarnya dia yang tak boleh lagi bersama Pas. Jadi, molek sangatlah dia masuk PAN,” ujarnya.
– UTUSAN



from Malaysia Chronicle http://ift.tt/2bT50WA

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.