Hi! Welcome Back and Stay Tune! U-TURN DARI ZAHID? Umno perlu ambil peduli bukan Melayu - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

U-TURN DARI ZAHID? Umno perlu ambil peduli bukan Melayu

SABAK BERNAM  – Pemimpin UMNO perlu ambil peduli kaum bukan Mela­yu sekiranya mahu Barisan Nasional (BN) terus menjadi juara di hati rakyat dari aspek kebajikan dan keperluan, kata Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.
Timbalan Perdana Menteri ber­kata, UMNO harus ingat yang kemenangan mereka dalam pilihan raya umum sebelum ini bukan semata-mata datang daripada orang Melayu sebaliknya turut dibantu oleh pengundi kaum lain.

Menurutnya, sebagai tunjang ke­­pada kekuatan BN, UMNO perlu berlaku adil kepada kaum Cina dan India meskipun mengetahui ada dalam kalangan yang dibantu itu le­bih terarah menyokong pembangkang.

“Sikap ini perlu dijadikan azimat bagi menterjemahkan keme­nangan BN pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) nanti ke­ra­na sebagai tulang belakang ke­pada BN, UMNO mesti ambil pe­du­li kepentingan orang bukan Melayu,” katanya ketika berucap merasmikan Persidangan Perwa­ki­lan UMNO Bahagian Sungai Besar di sini, hari ini.

Yang turut hadir ialah Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar; Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Da­tuk Jamal Md. Yunos; Ahli Par­limen Sungai Besar, Budiman Mohd. Zohdi dan Ahli Parlimen Kuala Selangor, Datuk Seri Irmohizam Ibrahim.

Ahmad Zahid yang juga Naib Presiden UMNO menambah, jika pemimpin parti dilihat sebagai ketua yang adil, rakyat akan lebih menghargai seterusnya terus menyokong BN.

“Apa beza undi seorang Melayu dengan undi seorang Cina dan seorang India?

“Justeru, saya minta wakil rak­yat, apabila dapat peruntukan, agih kepada golongan yang memerlukan tanpa membeza-bezakan kaum, baharulah kita dilihat sebagai pemimpin yang adil dan rakyat lebih menghargai,” ujarnya.
– UTUSAN



from Malaysia Chronicle http://ift.tt/2bT444m

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.