Hi! Welcome Back and Stay Tune! MENJELANG SEBULAN PERMOHONAN, APA AGAKNYA NASIB BERSATU? - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

MENJELANG SEBULAN PERMOHONAN, APA AGAKNYA NASIB BERSATU?

Pada 8 September ini, genap sebulan permohonan pendaftaran parti BERSATU dikemukakan kepada Pendaftar Pertubuhan. Pendaftaran BERSATU dikemukakan sendiri oleh Presiden penaja, Muhyiddin Yassin bersama beberapa ahli jawatankuasanya pada 9 Ogos lalu.

Jika mengikut kata Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri sebelum ini, sebuah jawatankuasa yang berperanan mengkaji permohonan itu mempunyai tempoh selama 30 hari untuk memberikan cadangan kepadanya berkaitan perkara itu.

Kata Zahid, beliau akan bertindak profesional sama ada meluluskan atau menolak penubuhan BERSATU berdasarkan cadangan yang dikemukakan kepadanya.

Ini bermakna, jika 30 hari diambil oleh jawatankuasa itu untuk membuat penilaian dan seterusnya mengusulkan cadangan kepada menteri, tempoh seminggu daripada sekarang adalah detik masa yang mendebarkan bagi mereka yang menunjangi BERSATU.

Dalam pada itu, pemimpin-pemimpin UMNO jelas berbelah bagi mengenai kewujudan parti BERSATU ini. Ada yang setuju dan ada juga yang melihatnya bakal memecahbelahkan rakyat. Yang tidak setuju dengan nama BERSATU pun turut ada.

Ada pemimpin yang melarang ahli UMNO mempromosi parti BERSATU, tetapi ada juga pemimpin yang meminta ahli UMNO yang pro BERSATU agar “berambus” dengan segera.

Tengku Razaleigh Hamzah dan Shahrir Samad secara terbuka memberi amaran agar jangan memandang ringan kerana menyifatkan BERSATU mampu menjadi ancaman kepada UMNO.

Najib Razak, sebagaimana yang terpancar melalui beberapa ucapannya sejak kebelakangan ini terlihat tidak berapa gembira dengan kewujudan BERSATU.

Walaupun bercakap setelah memecat dan menyingkir pencabarnya, ungkapan beliau seperti, “kalau tak setuju dengan saya, bertandinglah melawan saya dalam UMNO”, “kenapa nak tubuh parti baru?” dan “jangan kita sanggup runtuhkan UMNO” adalah suatu manifestasi kebimbangan yang begitu ketara terhadap kewujudan BERSATU.

Dalam situasi ini, apakah BERSATU akan diberikan kelulusan dengan semudahnya?

Atau adakah ia akan ditolak kerana ada syarat-syaratnya yang tidak dipatuhi seperti penggunaan nama BERSATU itu sendiri?

Atau mungkinkah kelulusan BERSATU bakal dilengah-lengahkan dengan pelbagai alasan dan kemudian tergantung begitu saja sehingga tarikh PRU 14 diadakan? – SH



from Malaysia Chronicle http://ift.tt/2bT4hEv

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.