Hi! Welcome Back and Stay Tune! JANGAN JADI ‘JAGUH KAMPUNG’: Khairy tegur BN - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

JANGAN JADI ‘JAGUH KAMPUNG’: Khairy tegur BN

KUALA LUMPUR – Barisan Nasional (BN) perlu menggerak­kan strategi bagi memenangi ha­ti dan minda pengundi bandar sekali gus tidak terlalu bergantung dengan sokongan dari kawasan luar bandar yang dianggap sebagai ‘simpanan tetap’ ba­gi memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).
Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkata, strategi itu perlu digerakkan segera kerana UMNO dan BN tidak boleh lagi berada dalam keadaan selesa ber­ikutan terlalu bergantung den­gan sokongan di kawasan luar bandar.

“Kita tidak boleh lagi meminggirkan kawasan bandar dan kita jangan jadi jaguh di kampung sahaja, kerana sedar atau tidak pengundi bandar ini akan balik mengundi di kawasan luar pada pilihan raya umum.

“Walaupun bilangannya kecil, mereka merupakan golongan bijak pandai dan profesional, mereka boleh mempengaruhi rakan dan keluarga apabila mereka pulang. Jadi kalau tidak dijaga, sokongan kita di luar bandar juga mungkin akan terjejas. Apa yang berlaku di bandar akan mencorakkan parti kita pada pilihan raya umum akan datang,” katanya berucap merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Bandar Tun Razak di sini hari ini.

Yang hadir sama, Ketua UMNO ba­ha­gian itu, Datuk Rizalman Mokhtar.

Dalam pada itu, Khairy turut menjelaskan beberapa faktor yang perlu diberi keutamaan dalam usaha memenangi PRU-14.

“Pertama adalah melalui perpaduan dalam parti, maka lupakan dulu tentang pemilihan, kita berikan keutamaan kepada PRU-14.

“Kedua, kita harus meletakkan calon boleh menang di kerusi yang bertanding dan bukan mengikut parti-parti tertentu, Saya fikir perjanjian baharu perlu dilakukan dalam BN, sebab itu kita kena kaji semula perkara ini dalam soal pengagihan kerusi ini.

“Kita perlu ada semangat ‘memberi dan menerima’, maknanya kita boleh beri kerusi kita dan mereka juga boleh beri laluan pada kerusi mereka,” katanya.

Tambahnya, daftar pemilih juga perlu diambil serius berikutan statistik menunjukkan masih ramai anak muda belum berdaftar sebagai pengundi.
– M’kini



from Malaysia Chronicle http://ift.tt/2bKHEz2

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.