Hi! Welcome Back and Stay Tune! 12 Perkara Istimewa Menyebabkan Anda Tak Perlu Risau Tinggal Di Malaysia - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

12 Perkara Istimewa Menyebabkan Anda Tak Perlu Risau Tinggal Di Malaysia

Siapa kat sini rakyat Malaysia? Angkat tangan! Well, kami berbangga jadi anak Malaysia. Walaupun negara ditimpa pelbagai musibah, Malaysia tetap aman.

Orang luar pun tak perlu bimbang jika ingin bercuti atau berseronok di Malaysia tau! Mana taknya, negara kita boleh dikatakan selamat dan banyak tarikan kepada pelancong.

Nak tahu kenapa? Nah kami sediakan 12 perkara istimewa menyebabkan anda tak perlu risau tinggal di Malaysia.

Tak perlu risau tentang lapar

mamakstallculture01

Di Malaysia, korang tak perlu bimbang langsung bab makan. Iyalah, kedai mamak, fast food and paling trending sekarang iaitu hipster cafe bersepah-sepah kat sini.

Korang sebut je nak makan apa. Semuanya mudah didapati. Cepat pula tu!

Double parking ikut suka hati

parking

Ya! Anda tak perlu risau soal parking kat sini. Sebabnya, korang hanya memerlukan sedikit kemahiran dan idea-idea bernas untuk memuatkan kenderaan anda di mana-mana sudut jalan raya. Hehe.

Salah memanglah salah dari segi undang-undang, tapi inilah uniknya Malaysia. Double parking ikut suka hati korang. Yeay!

Cuaca sama ada hujan atau panas

2cglh1g-630x407

Malaysia merupakan negara beriklim khatulistiwa. Jadi, korang tak perlu risau mengenai ribut salji. Di sini, sama ada hujan lebat, hujan ribut atau panas terik je.

Disini, kalau hujan tu lebat nau. Siap boleh banjir lagi. Kalau panas, korang nak keluar pun tak larat. Mana taknya, bila cuaca panas terik, baik duduk rumah. Tak adalah sunburn nanti.

Tak perlu risau untuk melintas jalan

kl

Ini lagi satu yang paling seronok kat Malaysia. Tak perlu fikir panjang kalau nak melintas jalan raya. Korang hanya perlu angkat tangan dan lintas.

Berlainan dengan negara jiran kita, Singapura. Penduduk mereka terpaksa menunggu lampu hijau pejalan kaki, melintas hanya di kawasan ‘zebra crossing’. Kan ke leceh, betul tak?

Kat Malaysia ada BR1M

br1m

Kalau korang masih tak tahu, kerajaan Malaysia ada menyediakan Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M). Bantuan ini diberikan kepada golongan berpendapatan sederhana.

Disebabkan mereka yang berpendapatan RM3600 digelar miskin bandar, kami mohon tahun depan bolehlah apply BR1M. LOL!

Kita lebih mudah nak dapat content viral

viral-videos-630x355

Jika di China, penduduk mereka amat sukar untuk mendapatkan sesuatu content yang viral. Tetapi kebanyakkan video mereka yang datang adalah dari mereka sendiri. Pelik kan?

Di Malaysia ni lain sikit, kita ada Facebook, Twitter, Instagram dan Youtube yang boleh digunakan tanpa sekatan. Kau nak story panas ke tak panas ke, macam-macam ada. Type je apa-apa yang dihajati, pasti ada punya!

Tak perlu risau fail SPM

pix_gal1

Haaa, adik-adik yang fail SPM atau dapat keputusan tak cemerlang tu jangan risau. Di Malaysia ni kita banyak melahirkan bakat-bakat baru.

Contonya penyanyi. So, awal-awal korang bolehlah asah bakat menyanyi ke, buat lirik atau compose lagu, pasti boleh cari makan!

Tak perlu risau pasal belajar. PTPTN kan ado!

tun

Tak ada duit nak sambung belajar? Tak nak ibu ayah gadai sawah di kampung? Jangan risau, kerajaan dah bermurah hati dengan menyediakan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Jadi, pinjam sajalah duit. Jangan tak bayar sudah la ye? Kang kena senarai hitam pula. Tak pasal-pasal tak boleh melancong ke luar negara. Kalau tak nak bayar, belajar pandai-pandai kasi jadi biasiswa.

Tak susah nak jadi famous

Nak dikenali ramai tapi tak tahu bagaimana. Jangan risau, di Malaysia ni senang je nak attract attention orang lain. Cuma buat video sengal-sengal ubi korang, muat naik ke laman sosial.

Contohnya, video ‘couple seminggu’,’macam cantik macam comel’ dan video dari Bobo! Mereka ni dah terkenal sekarang tau!

Tak perlu risau internet tersekat atau kehabisan kredit

Tak dinafikan, zaman sekarang ni internet memainkan peranan penting dalam kehidupan. Internet pun boleh bawak bergaduh okay! Contohnya kalau kita Whatsapps rakan tapi tak reply walaupun kita tahu dia sudah membacanya. Sentap kan?

Kat Malaysia je ada rumah mampu tengok

Yes! Only in Malaysia. Kalau nak tahu, kerajaan kita ada menyediakan rumah mampu milik untu rakyat yang berpendapatan rendah dan sederhana.

Namun, hakikatnya, rumah tersebut hanya mampu dilihat dari sudut kejauhan. Dapat tengok pun dah kira okay ape!

Duduk Malaysia mengajar erti kesabaran

Anda hanya akan mempunyai tahap kesabaran yang tinggi jika menetap di Malaysia. Terutama di kawasan Kuala Lumpur dan Lembah Klang.

Kenapa? Sebab jalan raya sesak selamanya. So, kalau korang terperangkap dalam heavy trafficselama 5 jam, anda hanya perlu tarik nafas dalam-dalam. Nescaya tak lama lagi sampailah ke destinasi. Bersabar ya?



Sumber : Oh My Media TV

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.