Hi! Welcome Back and Stay Tune! Analisa: Ucapan belanjawan Najib makin dipolitikkan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Analisa: Ucapan belanjawan Najib makin dipolitikkan

Apabila anggota-anggota Parlimen Pakatan Harapan bertindak keluar Dewan Rakyat ketika Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sedang membentangkan Bajet 2017, mereka dituduh membelakangkan kebajikan rakyat.

Para anggota Parlimen pembangkang, kata Najib, memalukan diri mereka sendiri sementara beberapa menteri menuduh perbuatan tersebut sebagai tidak matang, kebudak-budakan atau kurang ajar.

Walaupun ianya mungkin benar, analisis Malaysiakini mengenai ucapan belanjawan Najib sejak pembentangan Bajet 2010 menunjukkan terdapat asas-asas diatas yang menyokong dakwaan anggota Parlimen pembangkang Liew Chin Tong yang mengatakan Najib ‘menyerang’ pembangkang sehingga mereka tidak dapat menahannya lagi.

Ucapan belanjawan Najib telah menjadi lebih daripada sekadar kenyataan dasar kerajaan dan digunakan sebagau peluang untuk beliau menjana keuntungan politik berbanding lawan politiknya.

Apabila Najib membentangkan ucapan belanjawan pertamanya pada Oktober 2009 bagi Bajet 2010, beliau tidak menyebut BN mahupun pembangkang sama sekali.

Hal seperti itu berlanjutan sehingga pembentangan Bajet 2012, namun begitu, beliau pernah menyebut pembangkang sekali apabila menawarkan kenaikan gaji ahli Parlimen. Ia dengan syarat kedua-dua pihak kerajaan dan pembangkang bersetuju dengannya.

Semasa Bajet 2013, ia telah secara jelas menunjukkan belanjawan pilihan raya dan Najib mula menonjolkan perikatan BN yang diterajui beliau.

Menyebut ‘Barisan Nasional’, terutamanya dalam konteks ‘kerajaan BN’ dan bukan semata-mata ‘kerajaan’ secara melampau-lampau sambil menyerang pembangkang.

MSTAR

.



Contributer : Malaysia Chronicle http://ift.tt/2eGGAwY

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.