Hi! Welcome Back and Stay Tune! Vahana – Teksi Udara Tanpa Pemandu Airbus Diperlihatkan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Vahana – Teksi Udara Tanpa Pemandu Airbus Diperlihatkan

Mengikut ramalan Back To The Future II, kereta terbang sepatutnya sudah wujud sejak 2015. Realitinya tiada kereta terbang di udara apakan lagi papan lungsur terapung yang dinaiki Marty McFly. Tetapi usaha untuk mewujudkan teksi udara sedang giat dibangunkan beberapa syarikat ternama. Airbus hari ini memperlihatkan konsep teksi udara tanpa pemandu mereka yang diberi nama Vahana. Projek ini diumumkan Ogos lalu bagi menyelesaikan masalah kesesakan lalu lintas di bandar besar.

vahana-airbus-1

Vahana ialah sebuah pesawat elektrik dengan sistem kipas sendeng. Ini membolehkan ia terbang dan mendarat seperti helikopter serta terbang mendatar seperti pesawat konvensional. Setiap Vahana mampu membawa seorang penumpang dan dilengkapi lapan motor elektrik yang dipasang pada dua pasang sayap. Pihak Airbus berharap prototaip pertama akan dihasilkan pada tahun 2017 dan ia boleh dijual seawal 2020.

Adakah anda bersedia untuk menaiki teksi tanpa udara seperti ini di masa hadapan. Kami secara peribadi sudah bosan menongkah arus kesesakan lalu lintas Kuala Lumpur setiap pagi. Jika ini penyelesaiannya sila ambil wang kami dengan segera.






Mukah Pages berkongsi Informasi Teknoloji Terkini dari Amanz http://ift.tt/2dyp4ha

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.