Hi! Welcome Back and Stay Tune! Ratu Naga Mampu Tambah Keahlian PKR? - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Ratu Naga Mampu Tambah Keahlian PKR?

ratubadak

Kemasukan bekas Cytro UMNO, Ratu Naga ke dalam PKR semalam, dipercayai untuk membantu parti itu menambah jumlah keahlian parti bagi bersaing dengan UMNO.

Sekalipun Ratu Naga adalah penerima dedak Najib, BR1M, tapi pengalaman dan kebolehan Ratu Naga mencukupkan jumlah 1.4 juta penandatangan deklarasi rakyat yang dilancarkan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohammad dalam tempoh yang begitu singkat, penting kepada PKR.

Ratu Naga dipercayai boleh menggunakan database yang sama untuk menjadikan mereka itu sebagai ahli PKR pula – setakat mana yang tidak bertindih kerana kita tahu sebahagian besar penandatangan Deklarasi Rakyat adalah juga ahli PKR sedia ada.

“Kalau dia boleh menjadikan mereka penandatangan Deklarasi Rakyat, kenapa tidak ahli PKR?”, kata seorang Exco Srikandi PKR yang enggan dikenali.

Dalam perang persepsi, jumlah keahlian parti ini adalah penting.  PKR sekarang jauh ketinggalan di belakang UMNO apabila secara rasmi direkodkan mempunyai sekitar setengah juta ahli sahaja (berbanding UMNO 3 juta), dengan kurang dari 50,000 orang mengundi dalam pemilihan parti yang baru lepas.

Adalah menjadi harapan kita selepas ini ahli PKR akan terus bertambah dan dengan itu boleh bersaing secara adil dengan UMNO dalam PRU14 yang akan datang.



Sumber : Negara Pakatan Rakyat http://ift.tt/2eG4PdI

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.