Hi! Welcome Back and Stay Tune! Dibaling Telur Ketika Buat Persembahan, Ini Pendedahan Tomok - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Dibaling Telur Ketika Buat Persembahan, Ini Pendedahan Tomok

Dibaling Telur Ketika Buat Persembahan, Ini Pendedahan Tomok

tomokkk

Penyanyi Tomok memberitahu ada beberapa individu yang pernah melakukan khianat termasuklah membaling telur kepadanya.

Ini berlaku ketika kumpulan New Boyz sedang popular di zaman Tomok masih remaja.

Tomok akui sudah melupakan kisah pada awal kemunculannya dahulu tapi agak fobia dengan tindakan agresif beberapa pihak yang tidak suka dengan kumpulan muzik dianggotainya itu.

Baru-baru ini ada indovidu yang membaling telur itu tampil mohon maaf dengan Tomok.

Ini komennya:

MINTA MAAF

“Ada beberapa inidvidu yang datang kepada saya dan meninggalkan komen di Instagram meminta maaf kerana pernah memarahi dan membaling telur kepada saya ketika saya dan New Boyz mengadakan persembahan suatu masa dahulu.

“Saya tidak kisah dengan hal itu kerana ia sudah lama berlalu dan mereka semua juga sudah membesar seperti saya. Dulu mereka juga remaja dan tidak matang lagi,”

FOBIA

“Pertama kali saya dibaling objek ketika persembahan di Melaka dan selepas itu apabila kami ke semua tempat, ada sahaja orang yang baling sehingga membuatkan saya takut dan fobia untuk naik ke pentas.

“Masa itu saya sentiasa berfikir apa kesalahan yang saya lakukan sehingga dibenci sedemikian rupa,”

Katanya lagi, mungkin disebabkan rasa cemburu khususnya pihak lelaki apabila lagu Sejarah Mungkin Berulang diminati oleh kebanyakkan wanita.

Tomok akan tampil mempromosi lagu terbaharunya berjudul Senyuman Manis Mu. -PENMERAHDOTCOM

The post Dibaling Telur Ketika Buat Persembahan, Ini Pendedahan Tomok appeared first on PenMerah.com.



Penyumbang : PenMerah.com

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.