Hi! Welcome Back and Stay Tune! Huawei Joy 6 Dilancarkan – Peranti Kelas Permulaan Dengan Skrin 5″ - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Huawei Joy 6 Dilancarkan – Peranti Kelas Permulaan Dengan Skrin 5″

Huawei ialah pengeluar peranti ketiga terbesar di dunia sekarang dan semakin menghampiri Apple yang kini di tempat kedua. Perubahan imej mereka sejak tiga tahun kebelakangan ini amat menakjubkan. Nama mereka benar-benar melonjak selepas menghasilkan Nexus 6P untuk Google. Peranti utama Mate 9 akan dilancarkan dalam masa beberapa minggu sahaja lagi tetapi mereka masih sempat melancarkan sebuah peranti kelas permulaan Joy 6 hari ini.

huawei-enjoy-6

Huawei Joy 6 ialah peranti 5″ LCD IPS HD yang dipadankan dengan pemproses MediaTek MTK6750, RAM sebesar 3 Gigabyte dan storan 16 Gigabyte. Sokongan kad MikroSD sehingga 128 Gigabyte disertakan. Kemampuan kamera pula ialah kamera utama 13-Megapixel dan kamera selfie 5-Megapixel. Sebuah bateri 4100 mAh disertakan bagi melengkapi spesifikasi.

Ia menggunakan Android Marshmallow dan sungguhpun berspesifikasi rendah masih mempunyai sebuah pengimbas cap jari pada panel belakang. Peranti ini turut menyokong dwi SIM dan panggilan VoLTE. Harga jualan Huawei Joy 6 ialah RMB 1299 )~RM 803) sebuah.






Mukah Pages berkongsi Informasi Teknoloji Terkini dari Amanz http://ift.tt/2fauGQ1

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.