Hi! Welcome Back and Stay Tune! Microsoft Dijangka Memperkenalkan Perkhidmatan Kolaborasi Perusahaan Dinamakan Microsoft Teams - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Microsoft Dijangka Memperkenalkan Perkhidmatan Kolaborasi Perusahaan Dinamakan Microsoft Teams

Sebelum ini, kita telah mendengar desas-desus mengenai Microsoft yang sedang membangunkan sebuah perkhidmatan kolaborasi dan kerjasama seumpama Slack. Ketika awal desas-desus, ia dikatakan akan dinamakan sebagai Skype Teams, tetapi kini sebaliknya ia dilihat bakal dijenamakan sebagai Microsoft Teams.

Microsoft Teams

Laman untuk Microsoft Teams sendiri dilihat telah aktif di domain teams.microsoft.com, tetapi pengguna masih belum boleh mengaksesnya lagi. Microsoft Teams ini dijangka mengintegrasikan fungsi seumpama Slack seperti permesejan, kemudahan membuat bilik sembang mengikut projek dan sebagainya – termasuk hadir dengan produk Microsoft lain seperti Office, Outlook dan OneDrive.

Microsoft menjadualkan acara khusus pada 2 November kelak, dan dijangka berkongsi lanjut mengenainya ketika itu.






Mukah Pages berkongsi Informasi Teknoloji Terkini dari Amanz http://ift.tt/2ezqIyz

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.