Hi! Welcome Back and Stay Tune! 5 Penjenayah Wanita Yang Memiliki Rupa Paras Menawan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

5 Penjenayah Wanita Yang Memiliki Rupa Paras Menawan

Meskipun mempunyai paras rupa yang jelita, wanita-wanita yang dipaparkan di bawah ini merupakan penjenyah yang berbahaya. Ada di antara mereka yang telah dijatuhkan hukum dan ada juga yang masih dalam perbicaraan.

1. Stephanie Beaudoin

5-penjenayah-wanita-yang-memiliki-rupa-paras-menawan-1

Walaupun dia baru berusia 21 Tahun, namun dia berhadapan dengan 114 pendakwaan antaranya adalah pecah masuk 42 buah rumah, curi kereta, memiliki barangan curi, serta memiliki 9 senja ta tanpa lesen. Dia telah ditangkap pada bulan Sept 2014 yang lalu dan sedang menghadapi perbicaraan ke atas kesemua kesalahan yang telah dilakukannya.

2. Casey Anthony

5-penjenayah-wanita-yang-memiliki-rupa-paras-menawan-2

Casey 22 Tahun, dituduh membunuh anak perempuannya yang baru berusia 2 tahun pada tahun 2008. Anaknya yang bernama Caylee ditemui mati di sebuah hutan selepas 6 bulan kehilangannya dilaporkan. Polis percaya Caylee menderita sebelum kematiannya dimana mulut budak malang itu di lekat dengan pita pelekat dan disuntik dengan Chloroform. Pada mulanya mahkamah melepaskannya kerana kekurangan bukti untuk mensabitkannya. Namun rayuan dan perbicaraan masih diteruskan dan jika disabit kesalahan Casey boleh dihukum mati.

3. Amanda Knox

5-penjenayah-wanita-yang-memiliki-rupa-paras-menawan-3

Amanda Knox 27 Tahun gadis cantik yang dituduh bersama-sama dengan Raffaele Sollecito membunuh Meredith Kercher pada tahun 2007. Ketika itu umur Amanda baru 20 Tahun. Amanda seorang gadis dari USA melanjutkan pelajarannya di Universiti For Foreigners Itali pada bulan Sept 2007. Amanda dan Meredith tinggal serumah bersama-sama 2 orang gadis Itali. Pada bulan Nov 2007, mayat Meredith ditemui dengan kesan tikaman di leher. Amanda, Raffaela dan Patrick Lumumba dituduh bersama-sama membunuh Meredith. Setelah menjalani beberapa perbicaraan dan rayuan,akhirnya Amanda Knox diapti bersalah oleh Mahkamah Persekutuan Itali, dan dijatuhi hukuman penjara 28 Tahun 6 Bulan. Kisah Amanda Knox ini juga pernah difilemkan yang bertajuk The Face of an Angel.

4. Candice Rose Martinez

5-penjenayah-wanita-yang-memiliki-rupa-paras-menawan-4

Candice Rose Martinez atau lebih dikenali sebagai “Cell Phone Bandit” telah melakukan 4 raompakan bank di Utara Virginia, USA pada bulan Oktober dan November 2005 dan ketika itu dia baru berusia 19 tahun dan belajar di Kolej Komuniti Virginia Utara. Di diberi gelaran “Cell Phone Bandit” oleh pihak media kerana semasa dia melakukan rompakan dia sedang bercakap telefon bimbit. Pad a13 Disember 2005, Martinez didapati bersalah oleh Mahkamah Daerah di US dan dihukum enjara selama 12 Tahun dan ditambah menjalani tempoh percubaan selama 5 tahun.

5. Amy Elizabeth Fisher

5-penjenayah-wanita-yang-memiliki-rupa-paras-menawan-5

Amy Elizabeth Fisher 40 tahun diberikan gelaran “the Long Island Lolita” oleh pihak media kerana semasa dia berumur 17 tahun, ditelah menembak beberapa kali ke isteri kekasihnya kerana cemburu sehingga enyebabkan kecederaan parah. Amy dihukum penjara 6 tahun kerana cubaan membunuh.



Sumber : Oh My Media TV http://ift.tt/2foE5yH

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.