Jadi Ayah Pada Usia 13, Sean Stewart Adalah Ayah Yang Paling Muda Di Dunia
Pengalaman mempunyai anak tentunya sebuah kebanggan bagi pasangan berumah tangga. Namun apa berlaku, jika anak yang dilahirkan berasal dari ibubapa yang muda bahkan sangat muda, tentu menimbulkan masalah.
Seperti yang dialami Sean Stewart lelaki yang berkahwin dan menjadi seorang suami baru berumur 13 tahun ini membuat heboh seluruh dunia. Kehebohan semakin bertambah, kerana ternyata Sean juga mempunyai seorang anak yang dilahirkan dari rahim perempuan bernama Emma, yang kala itu berumur 16 tahun, yang merupakan isterinya.
Ia menjadi suami sekaligus ayah di usianya yang ke 13 tahun dari seorang anak lelaki bernama Ben, yang dilahirkan oleh bekas isterinya bernama Emma pada tahun 2000.
Sean yang saat itu berusia 12 tahun berpacaran dengan Emma yang berusia 16 tahun hingga Emma hamil. Mereka kenal kerana tinggal berjiran di kawasan Sharnbrook, Bedfordshire. Sean merebut perhatian dunia kala itu kerana rela ponteng sekolah demi menunggui Emma yang sedang melahirkan.
Namun kini Emma dan Sean tidak lagi bersama. Ben yang kini usianya 13 tahun hidup bersama Emma dan ayah tirinya jauh dari Stewart. Hingga kini ‘rekod’ Sean Stewart yang menjadi ayah termuda masih belum ada yang memecahkan.
Sumber : Oh My Media TV http://ift.tt/2e8zgNJ
Post a Comment