Hi! Welcome Back and Stay Tune! WhatsApp Menguji Tab WhatsApp Status – Halaman Setempat Untuk Berkongsi Teks, Dan Gambar - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

WhatsApp Menguji Tab WhatsApp Status – Halaman Setempat Untuk Berkongsi Teks, Dan Gambar

WhatsApp akhir-akhir ini dilihat memperkenalkan beberapa fungsi baru. Paling akhir, kita telah melihat mereka menguji panggilan video melalui WhatsApp, dan terkini, ia dilihat mereka sedang menguji sebuah fungsi sosial baru dinamakan WhatsApp Status.

WhatsApp StatusDaripada apa yang dapat dilihat, WhatsApp Status berfungsi sebagai sebuah halaman setempat untuk pengguna berkongsi kemaskini semasa mereka bersama-sama rakan yang lain.

Buat masa ini, WhatsApp sedia mempunyai kebolehan berkongsi status – tetapi ia sekadar dipaparkan pada akaun pengguna sahaja. Sebaliknya, melalui WhatsApp Status ini, ia dilihat membolehkan pengguna boleh melihat pelbagai perkembangan rakan-rakan lain melalui satu halaman setempat – sekaligus memudahkan anda memulakan proses komunikasi melalui WhatsApp.

Kod-kod awal integrasi WhatsApp Status telah mula kelihatan pada aplikasi beta Android mereka, namun ia tidak diketahui sama ada WhatsApp akan memperkenalkannya dalam masa terdekat ataupun sebaliknya. Sebelum ini, integrasi panggilan video telah kelihata sejak tahun lepas, tetapi hanya diperkenalkan melalui beta beberapa minggu lepas sahaja.

Dan dengan WhatsApp Status juga, ia bakal menjadi satu lagi halaman sosial untuk pengguna, selain daripada Facebook dan Instagram. Dan mungkin juga WhatsApp Status ini hadir dalam proses memudahkan pengguna mengikuti perkembangan daripada jenama dan syarikat kegemaran mereka kelak. WhatsApp telah memperkatakan sebelum ini mereka akan hadir dengan sokongan khusus untuk perusahaan dan jenama.

Pada hari ini, salah satu aplikasi permesejan yang mempunyai fungsi lebih kurang sama seperti WhatsApp Status ini adalah WeChat, dimana mereka memanggilnya sebagai WeChat Moments.






Mukah Pages berkongsi Informasi Teknoloji Terkini dari Amanz http://ift.tt/2foG6e8

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.