Cyberview Living Lab Accelerator ke-4 Menyaksikan Fokus Terhadap Startup Fintech
Sebut sahaja mengenai Cyberjaya, ramai yang pastinya mengetahui akan kawasan yang meriah dengan penciptaan aktiviti startup. Cyberview sebagai pembangun kawasan tersebut baru-baru ini telah mengumumkan mengenai program Living Lab Accelerator mereka yang keempat dan pada pusingan kali ini fokus mereka adalah terhadap startup.
Jika pada pusingan terdahulu mereka telah bekerjasama dengan 1337 Ventures dan juga WatchTower & Friends, untuk kali ini mereka telah bekerjasama dengan Finnext Capital. Finnext Capital yang dahulunya dikenali sebagai NextBank KL merupakan komuniti yang bergiat didalam teknologi perbankan (Finance Technology / Fintech). Untuk program ini, mereka menyediakan khidmat nasihat dan akan membantu startup yang bergiat dengannya.
Lima startup yang menyertai pusingan CLLA (Cyberview Living Lab Accelerator) kali keempat ini adalah:
- Otomate Me – Startup yang memudahkan ‘langganan’ barangan bayi
- Future Integrated Networks (“FIN”) – Startup yang mencipta peranti pintar untuk kegunaan rumah.
- CurrenSeek – Startup yang memudahkan anda mencari pengurup wang. Pernah diberitakan sebelum ini.
- Billplz – Perkhidmatan memudahkan bayaran bil dan menerima bayaran. Pernah diberitakan sebelum ini.
- PrimeKeeper – Aplikasi yang mengintegrasikan perkhidmatan perbankan yang berbeza dan juga kad kredit.
Pada acara tersebut juga, mereka telah mengumumkan inisiatif CoInnov8 dimana mereka membuka peluang kepada mana-mana startup yang ingin mencuba sesuatu berkaitan bandar pintar, untuk mencubanya di Cyberjaya. Dengan kerjasama pihak berkaitan seperti Cyberview, Setia Haruman, Majlis Bandaraya Sepang, MaGIC, MDEC, serta MCMC, ia bakal dapat memajukan pembangunan bandar pintar, seperti Cyberjaya.
Mukah Pages berkongsi Informasi Teknoloji Terkini dari Amanz http://ift.tt/2f7SAaF
Post a Comment