Hi! Welcome Back and Stay Tune! Cucu lelaki Tunku Abdul Rahman pula bidas Baju Merah - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Cucu lelaki Tunku Abdul Rahman pula bidas Baju Merah

Seorang lagi cucu Tunku Abdul Rahman tampil mengecam pergerakan Baju Merah yang menggunakan imej datuknya sebagai bahan kempen anti BERSIH.

“Adalah memalu dan menyedihkan apabila saya dapati Baju Merah memakai ikon bapa kemerdekaan yang tercinta pada baju mereka.

“Sila sentiasa ingat, bahawa Tunku seorang yang cintakan keamanan, dan selalu berkata terdapat ruang bagi setiap kaum di negara ini,” kata Tunku Muinuddin Putra dalam satu kenyataan hari ini.

Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos dan gerakan Baju Merah yang diterajuinya menggunakan imej Tunku semasa melaungkan pengisytiharan kemerdekaan pada 31 Ogos 1957 di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur.

Penggunaan imej itu dikuathiri oleh sesetengah pihak, terutama di kalangan ahli keluarga Tunku yang mungkin memberi gambaran kononnya perdana menteri pertama negara itu menyokong tindakan Baju Merah yang didakwa bertindak ganas menyinggung perasaan bukan Melayu.

“Sentiasa ada ruang untuk rundingan dan bukannya turun ke jalanan hingga menyebabkan banyak gangguan dan kesusahan kepada orang ramai.

“Dia bukannya merah mahupun kuning, jadi saya harap namanya tidak diheret dengan cara seperti ini,” kata Tunku Muinuddin yang juga adalah Naib Presiden Parti Ikatan Bangsa Malaysia (PIBM).

Semalam, seorang lagi cucu almarhum, Tunku Munawirah Putra melabel Jamal sebagai loqlaq kerana menggunakan imej Tunku.

Loqlaq adalah perkataan atau dialek yang biasa digunakan oleh masyarakat sebelah utara di negara ini yang membawa maksud tidak senonoh.

“Oi Jamal hang nak buat apa dengan gambaq Tok aku tu. Haishh! Loqlaq,” katanya menerusi tweet sambil meletakkan #BERSIH5. – Malaysiakini

KLIK BACA: ‘Benarkanlah perundangan dilaksana dalam perbicaraan mahkamah keadilan’

KLIK BACA: “Tok Guru Nik Aziz jelas perjuangannya untuk rakyat dan menentang kezaliman” – Abby Abadi

KLIK VIDEO: Jamal mahu lancar BERSIH 7 esok

KLIK VIDEO: Tajuddin kena kecam ‘sial’ dengan Khalid kerana sebut KOK 

KLIK BACA: Dialog Tun Hasmah Risaukan Tun Mahathir Sentuh Hati Netizen

KLIK BACA: “Mesej Whatsapp Bersih5, Hang rela ka Cina pegang kuasa?”

KLIK VIDEO: Komen Tun Mahathir mengenai kejatuhan ringgit

KLIK BACA: Hutang Malaysia hampir satu trilion – Mahathir

KLIK BACA: Ibu pesan Anis Syafiqah kalau tolong agama Allah, InsyaAllah, Allah tolong kita

KLIK BACA: “Ibu berani bersuara lawan penyelewengan rasuah bukan untuk diri sendiri” – Anak Maria Chin Abdullah

KLIK VIDEO: ‘Rakyat derita, tapi Najib nyanyi lagu sha la la la’

KLIK BACA: Dr Mahathir: Penjara tak cukup besar untuk kita semua

The post Cucu lelaki Tunku Abdul Rahman pula bidas Baju Merah appeared first on Malaysia Stylo.



Penyumbang : Malaysia Stylo http://ift.tt/2gxJ98z

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.