Hi! Welcome Back and Stay Tune! Pelarian Rohingya akan diberi kebenaran bekerja di Malaysia - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Pelarian Rohingya akan diberi kebenaran bekerja di Malaysia

jazlan-rohingya-1

KUALA LUMPUR: Kerajaan sedang dalam proses melaksanakan projek perintis bagi memberi kebenaran kepada 300 pelarian etnik Rohingya yang memegang kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa Bersatu Mengenai Pelarian (UNHCR) untuk bekerja di negara ini.

Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata mereka yang berkelayakan dan memenuhi syarat ditetapkan kerajaan akan dibenarkan bekerja dalam sektor perladangan dan perkilangan.

“Walaupun Malaysia bukan negara anggota kepada Konvensyen Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) Berkaitan Status Pelarian 1951 dan Protokol 1967, tindakan negara dalam mengendalikan imigran dan pelarian atas dasar kemanusiaan jelas membuktikan Malaysia melaksanakan tanggungjawab melebihi obligasi sedia ada negara di peringkat antarabangsa,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa menggulung perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2017 peringkat jawatankuasa bagi kementeriannya di Dewan Rakyat, hari ini.

Sejumlah 151,560 pelarian dan pemohon suaka berdaftar dengan UNHCR di Malaysia direkodkan sehingga Mei lepas.

Daripada jumlah itu, 137,261 orang berasal dari Myanmar yang terdiri daripada etnik Rohingya (52,960), Chins (42,973), Myanmar Muslim (11,232), Rakhines dan Arakanese (5,762) serta beberapa etnik lain.

Dalam isu lain, Nur Jazlan berkata akta khusus untuk Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (AKSEM) akan dibentang pada sidang Parlimen tahun depan untuk meningkatkan usaha kementerian membanteras isu ketirisan ekonomi berkaitan aktiviti penyeludupan di sempadan darat negara.

“Akta AKSEM diharap akan memberi lebih kuasa kepada agensi itu untuk mengkoordinasi semua aktiviti penguatkuasaan agensi di bawahnya supaya ia akan lebih berkesan mengekang masalah penyeludupan dan membawa penghukuman mereka yang terlibat,” katanya.

AKSEM adalah agensi yang bertanggungjawab mengkoordinasi agensi penguatkuasaan di sempadan dalam melaksanakan operasi secara bersepadu melalui Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS).



Sumber : Free Malaysia Today http://ift.tt/2flaIwD

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.