Hi! Welcome Back and Stay Tune! Maria Chin tak disiasat kerana keganasan, kata Nur Jazlan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Maria Chin tak disiasat kerana keganasan, kata Nur Jazlan

jazlan-maria-chin-1

KUALA LUMPUR: Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Nur Jazlan Mohamed hari ini mengesahkan Pengerusi Bersih 2.0 Maria Chin Abdullah tidak disiasat kerana sebarang kaitannya dengan keganasan.

Beliau berkata Maria ditahan selepas laporan polis dibuat terhadapnya.

“Ia bukan kerana Bersih. Keluarganya tahu kenapa dia ditangkap.

“Dan juga sila tanya ketua polis negara untuk butiran lanjut,” katanya di lobi Parlimen selepas membahaskan Bajet 2017 di Dewan Rakyat hari ini.

Ketika ditanya siapa mengeluarkan arahan kepada polis untuk menahan Maria, Nur Jazlan berkata kementeriannya hanya memantau isu operasi.

“Kami akan melihat soal siasat dia dan memastikan dia dilayan dengan baik,” katanya.

Ketika ditanya ada berlaku salah guna Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (Sosma) kerana ia tidak sepatutnya digunakan untuk menahan ahli politik dan penganjur himpunan, Nur Jazlan berkata beliau tidak mahu mengulas lanjut.

“Tetapi, saya hendak cakap yang polis mengikut prosedur ketika menahannya,” katanya.

Beliau berkata Sosma membolehkan tindakan kepada Kanun Prosedur Jenayah.

“Dia didakwa di bawah Kanun Prosedur Jenayah, iaitu di bawah Sosma untuk membenarkan polis menyiasatnya,” katanya.

Terdahulu di Dewan Rakyat, Nur Jazlan berkata beliau tidak dapat menjawab soalan dibangkitkan pembangkang kerana ia sub judice.

“Saya sudah sediakan jawapan mengenai Maria Chin.

“Tetapi saya baru terima maklumat dia memfailkan habeas corpus. Ia akan sub judice (untuk menjawab soalan pembangkang),” katanya.

Beberapa wakil rakyat pembangkang berdiri untuk bertanya soalan mengenai justifikasi beberapa tahanan dibuat ketika Bersih 5 dan penahanan Maria di bawah Sosma.

Bagaimanapun, perbahasan itu akhirnya dihentikan Timbalan Speaker Datuk Ronald Kiandee.

Ronald meminta undi dilakukan bagi mereka yang menyokong bajet itu.

Maria memfailkan permohonan habeas corpus hai ini bagi mendapatkan pembebasannya daripada tahanan, 4 hari selepas ditahan.

Beliau ditahan pada malam sebelum perhimpunan Bersih 5, Sabtu lepas.



Sumber : Free Malaysia Today http://ift.tt/2fAZSDS

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.