Hi! Welcome Back and Stay Tune! Jamil: Restoran tanpa sijil halal tidak bermakna haram - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Jamil: Restoran tanpa sijil halal tidak bermakna haram

jamil-khir-halal

KUALA LUMPUR: Menteri di jabatan perdana menteri yang bertanggungjawab terhadap hal ehwal Islam berkata, premis makanan yang tidak mempunyai sijil halal tidak bermakna ia adalah haram.

Ini kerana, kata Datuk Seri Jamil Khir Baharom, pensijilan halal bagi premis makanan dibuat secara sukarela oleh pengusaha.

Beliau berkata, sijil halal hanya untuk membantu mereka yang tidak biasa dengan makanan asing menghapuskan keraguan mereka.

“Satu-satunya perkara ialah jika sebuah restoran tiada sijil halal, ia menimbulkan keraguan.

“Ada di kalangan masyarakat kampung, khasnya golongan tua. Apabila anda cakap root beer, orang kampung tanya ni bir ke rut?” katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2017 peringkat Jabatan Perdana Menteri di Dewan Rakyat hari ini.

Jamil Khir berkata, bukan kementeriannya yang mengisytiharkan sesebuah premis makanan itu tidak halal.

Terdahulu, Ngeh Khoo Ham (DAP-Beruas) berkata, jika ada persepsi premis makanan tanpa sijil halal adalah haram, umat Islam tidak patut mengunjunginya.

Bulan lalu, rangkaian francais Auntie Anne dilaporkan tidak mendapat sijil halal kerana satu daripada produknya dinamakan sempena nama anjing, “pretzel dog”.

‘Pretzel dog’ bukan punca Auntie Anne tak dapat sijil halal, kata menteri

Syarat halal Jakim, tiada lagi ‘Coney Dog’ dan ‘Root Beer’ di Malaysia

Nama ‘anjing’ antara penghalang Auntie Anne dapat sijil halal



Sumber : Free Malaysia Today http://ift.tt/2fe8EZl

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.