Hi! Welcome Back and Stay Tune! Macai pun pening kepala kenapa Peguam Negara enggan bantu MLA? - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Macai pun pening kepala kenapa Peguam Negara enggan bantu MLA?

oleh Shahbudin Husin

Kali ini macai dan pendedak Najib Razak tentu tambah pening kepala kerana sementara perbicaraan di Singapura mula mendedahkan banyak perkara, termasuk secara rasmi menamakan Jho Low untuk disiasat sama, pejabat Peguam Negara Malaysia pula dilaporkan menolak bantuan kerjasama MLA yang dipohon oleh pihak berkuasa Switzerland untuk meneruskan penyiasatan mereka berkaitan 1MDB.

Ini adalah penolakan kali kedua oleh Pejabat Peguam Negara Malaysia yang diketuai oleh Apandi Ali terhadap permohonan Pejabat Peguam Negara Switzerland.

Penolakan itu didedahkan oleh Peguam Negar Switzerland, Michael Lauber kepada Financial Times.

MLA atau Bantuan Perundangan Bersama adalah kerjasama antara negara untuk mendapatkan maklumat dan dokumen tertentu berkaitan sesuatu kes yang sedang disiasat. Dalam kes 1MDB, penyiasatan yang sedang dilakukan oleh pihak berkuasa Switzerland adalah berkaitan rasuah dan penggubahan wang haram bernilai berbilion-bilion ringgit.

Kenapa permohonan MLA itu ditolak? Jika benar 1MDB suci lagi bersih dan tiada sebarang kesalahan dilakukan, kenapa takut untuk saling bekerjasama dengan pihak luar yang berusaha mencari kebenaran?

Apakah hanya Switzerland saja yang mahukan kepada kebenaran, sedangkan kita sebagai negara Islam cuba menutup kebenaran yang sama?

Bukankah kebenaran sepatutnya adalah sama saja di mana-mana pelusuk dunia?

Lagi pun, tidakkah Najib Razak sendiri, selain berulangkali menafikan salah laku dalam 1MDB, turut pernah berjanji sebelum ini untuk memberi sebarang kerjasama kepada mana-mana penyiasatan antarabangsa berkaitan dengannya?

Sekarang, apa sudah jadi beb? Kenapa janji tinggal janji?

Apa lagi hujah yang mahu dipakai oleh macai dan pendedak, termasuk mereka yang terus menjelajah berjumpa pelajar di luar negara untuk “goreng” lagi tentang 1MDB jika memberi kerjasama untuk menyiasat pun Peguam Negara tiada keberaniannya?

Sudah tentu makcik Felda pun mudah faham kali ini. Kalau benar tidak bersalah dan tiada apa-apa yang cuba dilindungi, apa yang ditakuti sangat sekadar memberi kerjasama?

Contoh mudahnya, kalau dalam rumah kita tiada barang curi dan kita juga bukan pencuri, tentu tiada sebab bagi kita untuk menghalang pihak polis untuk melakukan pemeriksaan.

Sebelum ini, Apandi Ali pernah menolak dua kali permohonan MLA yang dipinta oleh SPRM ketika diketuai oleh Abu Kassim untuk menyiasat Najib berkaitan 1MDB, SRC International dan wang RM2,600 juta yang diterimanya, sebaliknya mengarahkan penyiasatan ditutup.

MLA yang dipohon oleh Switzerland ini juga ditolak sebanyak dua kali oleh Peguam Negara kita.

Bermakna, menolak MLA bukan perkara luar biasa bagi Apandi.

Bagaimanapun Lauber berkata, penolakan MLA itu tidak menjejaskan penyiasatan mereka dan akan berusaha mendapatkan maklumat melalui negara-negara lain seperti Singapura, Amerika Syarikat dan lain-lain negara Eropah yang sudah bekerjasama baik dengan mereka selama ini.

Apa yang pasti, prosiding jenayah kami untuk mengekalkan intergriti sistem kewangan Swiss akan tetap diteruskan, tambah beliau lagi.

Tidakkah semua ini sebenarnya memalu dan menghodohkan lagi wajah negara kita di mata dunia?

Sudahlah kita tidak melakukan penyiasatan dengan sempurna dan cuba tutup sana tutup sini berkaitan 1MDB, tetapi dalam masa yang sama enggan pula memberi kerjasama yang dipinta oleh negara lain.

Lalu, masihkah ada lagi yang tidak malu berkokok ke sana sini mempertahankan 1MDB dan mengatakan Malaysia di bawah Najib sedang diurus dengan baik dan sempurna? – Sumber Shahbudin Husin


KLIK BACA: Yak Yew Chee bekas pegawai bank Jho Low dipenjara 18 bulan akan bantu siasatan

KLIK BACA: Yeo Jiawei dakwa tak ambil sesen pun dari Jho Low

KLIK BACA: Kerajaan kleptokrasi pencuri, penyangak dan perompak, kata Tun Mahathir

KLIK BACA: Zaid lepas geram permohonan ditolak?

KLIK VIDEO: Najib menyanyi berjoget dengan Duterte presiden Filipina

KLIK BACA: Surat terbuka luruh jantung membacanya, tapi sahutlah cabaran ini

KLIK BACA:  “Mereka tahu Muhyiddin dipecat?”

Klik baca: Playbxy punca masalah Malaysia – Sanusi Junid

KLIK BACAAna Ghoib: Mimpi Tiga Bulan Berderet Berlaku Pada 2016

The post Macai pun pening kepala kenapa Peguam Negara enggan bantu MLA? appeared first on Malaysia Stylo.



Penyumbang : Malaysia Stylo http://ift.tt/2fjY6cN

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.