Hi! Welcome Back and Stay Tune! Siasatan 1MDB: Pegawai bank persendirian Jho Low dipenjara - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Siasatan 1MDB: Pegawai bank persendirian Jho Low dipenjara

Yak Yew Chee bekas naib presiden kanan di BSI Singapura juga bertindak sebagai pegawai bank kepada Low Taek Jho atau Jho Low. – Foto FMT

SINGAPURA: Mahkamah di republik ini menjatuhkan hukuman penjara 18 minggu ke atas bekas pegawai bank yang mengendalikan akaun bank BSI yang ada kaitan dengan 1MDB – atas kesalahan pemalsuan dan gagal mendedahkan transaksi mencurigakan.

Yak Yew Chee sebelum ini naib presiden kanan di BSI Singapura, juga pegawai bank persendirian kepada ahli perniagaan Malaysia, Low Taek Jho atau Jho Low yang digambarkan oleh pihak berkuasa Singapura sebagai individu utama dalam siasatan aktiviti pengubahan wang haram berkaitan 1MDB.

Diilhamkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang mempengerusikan lembaga penasihatnya, 1MDB kini tertakluk kepada beberapa siasatan pengubahan wang haram di sekurang-kurangnya 6 negara termasuk Switzerland, Singapura dan Amerika Syarikat.

Najib menafikan semua tuduhan salah laku dan berkata Malaysia akan bekerjasama dengan semua siasatan antarabangsa.

Yak mengaku bersalah atas 4 daripada 7 pertuduhan yang dikenakan terhadapnya di mahkamah. Dia juga didenda AS$17,000.

Dua pertuduhan berkaitan dengan pemalsuan surat rujukan catatan untuk keluarga Low dan 2 lagi kerana tidak mendedahkan sejumlah besar wang – yang didakwa hasil perbuatan jenayah – memasuki menerusi bank BSI di Singapura.

Yak kini dijangka membantu siasatan pengubahan wang haram 1MDB yang masih dijalankan.

Pada awal tahun ini, Singapura menutup bank BSI dan Falcon Private Bank dalam siasatan besar-besaran terhadap kegiatan pengubahan wang haram yang berkait dengan 1MDB.

Pada Mei, bank pusat Singapura merujuk Yak sebagai salah seorang daripada 6 kakitangan pengurusan kanan bank BSI kepada pihak pendakwa raya untuk menilai jika mereka ada melakukan kesalahan jenayah, pada masa sama siasatan pengubahan wang haram sedang dijalankan.

Yak memperoleh S$27 juta sepanjang 4 tahun bekerja di BSI, termasuk bonus besar, menurut dokumen mahkamah. – Reuters

KLIK BACA: Yeo Jiawei dakwa tak ambil sesen pun dari Jho Low

KLIK BACA: Kerajaan kleptokrasi pencuri, penyangak dan perompak, kata Tun Mahathir

KLIK BACA: Zaid lepas geram permohonan ditolak?

KLIK VIDEO: Najib menyanyi berjoget dengan Duterte presiden Filipina

KLIK BACA: Surat terbuka luruh jantung membacanya, tapi sahutlah cabaran ini

KLIK BACA: Wanita misteri disahkan buat panggilan mahu Dahlan Maamor ditukar

KLIK BACA:  “Mereka tahu Muhyiddin dipecat?”

Klik baca: Playbxy punca masalah Malaysia – Sanusi Junid

KLIK BACAAna Ghoib: Mimpi Tiga Bulan Berderet Berlaku Pada 2016

The post Siasatan 1MDB: Pegawai bank persendirian Jho Low dipenjara appeared first on Malaysia Stylo.



Penyumbang : Malaysia Stylo http://ift.tt/2fjZSur

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.