Hi! Welcome Back and Stay Tune! Peranti BlackBerry Baru Dengan Papan Kekunci Fizikal Bakal Diperkenalkan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Peranti BlackBerry Baru Dengan Papan Kekunci Fizikal Bakal Diperkenalkan

BlackBerry telah secara rasminya berhenti menghasilkan telefon pintar mereka sendiri, tetapi syarikat berkenaan mempunyai satu kejutan terakhir untuk peminat mereka : iaitu sebuah telefon dengan papan kekunci fizikal.

CEO BlackBerry, John Chen memberikan petanda untuk peranti berkenaan pada September lepas, tetapi tidak mengesahkannya sehingga kini melalui temuramah bersama Bloomberg TV.

“Kami mempunyai sebuah telefon pintar dengan papan kekunci yang dijanjikan kepada pengguna”, kata Chen. “Ia akan datang.”

Dibawah Chen, BlackBerry telah membuat peralihan daripada telefon pintar kepada perisian dan mengatakan pada bulan September yang mana mereka akan menghentikan pengeluaran, perstokkan dan pengedaran telefon pintar tersendiri. Sebaliknya, mereka akan melesenkan jenama BlackBerry kepada syarikat lain untuk disertakan pada telefon yang dikeluarkan syarikat berkenaan.

Papan kekunci fizikal adalah salah satu fungsi popular pada telefon pintar BlackBerry, dengan ramai pengguna yang merinduinya pada telefon pintar masa kini.






Mukah Pages berkongsi Informasi Teknoloji Terkini dari Amanz http://ift.tt/2eKCxhT

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.