Hi! Welcome Back and Stay Tune! Yeo Jiawei dakwa tak ambil sesen pun dari Jho Low - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Yeo Jiawei dakwa tak ambil sesen pun dari Jho Low

Yeo Jiawei berkata demikian ketika perbicaraannya atas tuduhan membantu pengubahan dana yang dikaitkan dengan 1MDB – Foto FMT

SINGAPURA – Bekas pegawai bank BSI, Yeo Jiawei menafikan menerima sebarang wang daripada jutawan kelahiran Pulau Pinang Low Taek Jho, tokoh utama dalam skandal 1MDB.

Yeo memberitahu mahkamah Singapore bahawa dirinya “tidak pernah menerima satu sen pun dari Jho Low”, lapor Business Times Singapura.

Beliau berkata demikian ketika perbicaraannya atas tuduhan membantu pengubahan dana yang dikaitkan dengan 1MDB dan cuba menutup jenayah itu.

Semasa perbicaraan, bekas penyelia Yeo di bank BSI, Kevin Sampillai memberi keterangan bahawa Yeo bekerja untuk Jho Low dan merujuknya sebagai “bos”.

Seorang lagi saksi, bekas pengurus, Samuel Goh Sze-Wei juga memberi keterangan bahawa Yeo mengarahkannya memusnahkan dokumen untuk menutup kegiatan pengubahan wang haram itu.

Walau bagaimanapun, Yeo memberitahu mahkamah hari ini bahawa dakwaan berkenaan adalah tidak benar.

“Tidak benar bahawa semua yang dilakukannya mesti mengikut arahan saya,” beliau dipetik sebagai berkata.

Semalam, Jabatan Hal Ehwal Komersial (CAD) Singapura dilaporkan berminat untuk menyoal jutawan kelahiran Pulau Pinang, Low Taek Jho, atau lebih dikenali sebagai Jho Low.

Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat menamakan Jho Low sebagai benefisiari dana yang diselewengkan daripada 1MDB.

DOJ percaya lebih AS$3.5 bilion dilesapkan daripada dana pelaburan Malaysia itu dan disalurkan melalui sistem kewangan Amerika.

1MDB menafikan bahawa wang berkenaan telah dilesapkan. – Malaysiakini

CLICK READ: Yeo trial: A mere middleman doesn’t fly in private jets, court told

KLIK BACA: Singapura secara rasmi namakan Jho Low terlibat kes 1MDB

KLIK BACA: Kerajaan kleptokrasi pencuri, penyangak dan perompak, kata Tun Mahathir

KLIK BACA: Zaid lepas geram permohonan ditolak?

KLIK VIDEO: Najib menyanyi berjoget dengan Duterte presiden Filipina

KLIK BACA: Surat terbuka luruh jantung membacanya, tapi sahutlah cabaran ini

KLIK BACA: Wanita misteri disahkan buat panggilan mahu Dahlan Maamor ditukar

KLIK BACA:  “Mereka tahu Muhyiddin dipecat?”

Klik baca: Playbxy punca masalah Malaysia – Sanusi Junid

KLIK BACAAna Ghoib: Mimpi Tiga Bulan Berderet Berlaku Pada 2016

The post Yeo Jiawei dakwa tak ambil sesen pun dari Jho Low appeared first on Malaysia Stylo.



Penyumbang : Malaysia Stylo http://ift.tt/2fK7t4f

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.