Hi! Welcome Back and Stay Tune! Lepas 31 Tahun Baru Jumpa Kotak Hitam Pesawat Terhempas - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Lepas 31 Tahun Baru Jumpa Kotak Hitam Pesawat Terhempas

Lepas 31 Tahun Baru Jumpa Kotak Hitam Eastern Airlines Flight 980

men
Dua pemuda dari Boston telah berjaya menemui kotak hitam sebuah nahas pesawat 31 tahun lalu dan mungkin akan menyelesaikan misteri yang menyelubungi pesawat Eastern Airlines Flight 980 yang terhempas di kawasan pergunungan di Bolivia.

Lelaki yang bernama Futrell dan Stoner telah memulakan pencarian apabila melihat dari misi pencarian pesawat MAS MH 370 serta mula membuat kajian nahas pesawat lain.

Ketika mereka membaca tentang nahas di Bolivia itu, mereka terus memulakan pengembaraan dan berazam menyelesaikan misteri pesawat tersebut.

Media berita berkata bahaya punca kapal terbang tidak ditemui kerana ia berada di altitud yang tinggi serta kawasan yang tidak boleh dimasuki. didalam kepalanya mula berfikir ianya sesuatu yang tidak logik jelas Futrell kepada CBS Boston.

Mereka berdua kemudian menemui serpihan nahas itu pada awal tahun ini 1,000 kaki dibawah kawasan nahas.

Lelaki terbabit menjumpai rangka manusia serta menanam mereka sebaik mungkin dan turut ditemui adalah berjuta-juta serpihan pesawat kata Stoner dalam satu video pengembaraan tersebut.

Dan yang paling penting mereka juga turut menemui enam bahagian kotak hitam pesawat, termasuk bahagian perakam suara yang tersekat pada ais.

Mereka kemudian pulang ke AS bersama bahagian kotak hitam itu, namun pihak berkuasa bagaimanaun berkata mereka telah melanggar peraturan antarbangsa dan kotak hitam itu harus diberi kepada Bolivia.

Atas pujukan Futrell dan Stoner kemudiannya berjaya mendapatkan kebenaran dari Bolivia untuk merakamkan bahagian itu kepada National Transportation Safety Board (NTSB).

Menurutnya lagi,bahagian kotak hitam itu akan diambil oleh NTSB pada Januari ini.

“Apa yang mereka katakan kepada kami adalah ‘Hey, terima kasih kerana membuat pencarian”, kata Futrell.

The post Lepas 31 Tahun Baru Jumpa Kotak Hitam Pesawat Terhempas appeared first on PenMerah.com.



Penyumbang : PenMerah.com

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.