Hi! Welcome Back and Stay Tune! Pesawat Tentera Russia Sah Terhempas - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Pesawat Tentera Russia Sah Terhempas

Pesawat Tentera Russia Sah Terhempas

rusia

Berita tentang pesawat tentera Rusia TU-154 yang dikatakan hilang dari radar kini disahkan terhempas di Laut Hitam, kata kementerian pertahanan Rusia.

Berita pengesahan itu dikeluarkan selepas pesawat yang membawa 84 penumpang dan lapan kru itu dilaporkan hilang dari radar 20 minit selepas berlepas ke Syria.

Kebanyakan penumpang dalam pesawat itu adalah pemuzik dari kumpulan koir tentera Rusia, Alexandrov Ensemble.

Pesawat itu dalam perjalanan dari Moscow ke Latakia, Syria.

Menurut laporan CNN, pesawat terbabit ada mendarat di lapangan terbang Adler di Sochi untuk mengisi minyak.

Mereka menjumpai serpihan T-154 1.5km dari pantai Laut Hitam di bandar Sochi pada kedalaman 50 ke 70 meter jelas kementerian itu dalam satu kenyataan media.

Turut dilaporkan kementerian pertahanan telah mengesahkan mayat pertama ditemukan 6KM dari persisir pantai Sochi.
Mayat mangsa nahas itu telah dinaikkan oleh kenderaan penyelamat jelas kementerian itu.

The post Pesawat Tentera Russia Sah Terhempas appeared first on PenMerah.com.



Penyumbang : PenMerah.com

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.