Hi! Welcome Back and Stay Tune! Microsoft Sedang Menguji Fungsi Pemasangan Dan Tetapan Windows 10 Dikuasakan Cortana - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Microsoft Sedang Menguji Fungsi Pemasangan Dan Tetapan Windows 10 Dikuasakan Cortana

Cortana merupakan pembantu digital berasaskan arahan suara yang dibangunkan oleh Cortana, dan bakal hadir diintegrasikan pada pelbagai peranti. Ia sedia hadir terbina pada Windows 10 – tetapi tidak diaktifkan untuk pengguna tempatan disebabkan oleh sokongan bahasa.

Walaubagaimanapun, terkini Microsoft dilihat sedang menguji ciri baru melalui Cortana pada Windows 10 – iaitu membolehkan pengguna membuat pemasangan dan tetapan awal Windows 10 melalui arahan suara yang dikuasakan Cortana.

Cortana Install

Bagi anda yang pernah menggunakan dan menetapkan komputer Windows 10 buat pertama kali mungkin sedia maklum dengan langkah-langkah ini yang memerlukan pengguna memasukkan nama PC, sambungkan kepada WiFi, dan beberapa perkara lain. Melalui versi pembangunan baru, Microsoft dilihat mengintegrasikan kebolehan untuk mendengar arahan suara dan membuat pemasangan serta tetapan awal Windows 10.

Seperti biasa, Microsoft masih mengekalkan penggunaan tetikus dan juga papan kekunci untuk tujuan yang sama.

Bagi anda, adakah anda akan menggunakan fungsi tetapan berasaskan input suara, atau lebih selesa dengan menggunakan skrin sentuh atau tetikus?






Mukah Pages berkongsi Informasi Teknoloji Terkini dari Amanz http://ift.tt/2ir7zBJ

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.