Hi! Welcome Back and Stay Tune! Pengguna Aktif Harian Untuk Aplikasi WeChat Melangkaui Angka 768 Juta - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Pengguna Aktif Harian Untuk Aplikasi WeChat Melangkaui Angka 768 Juta

WeChatWeChat merupakan salah satu perkhidmatan permesejan popular yang berasal dari China, dan boleh dikatakan popular dibeberapa buah negara, termasuk di Malaysia. Terkini, berkongsi mengenai beberapa statistik semasa perkhidmatan berkenaan, pihak Tencent mengatakan pengguna WeChat yang aktif setiap hari kini melangkaui angka 768 juta. Angka yang dikeluarkan ini adalah berasaskan kepada laporan bulan September 2016 yang lepas.

Pengguna majoriti pada perkhidmatan WeChat diperkatakan lahir sekitar 80-an dan 90-an, selain hampir 50% pengguna WeChat menghabiskan sekitar 90 minit setiap hari pada aplikasi berkenaan.

Di China sendiri, perkhidmatan WeChat meliputi pelbagai perkara, termasuk menawarkan kebolehan membuat pembelian barangan, tiket wayang, menempah teksi, dan sebagainya.

Secara purata, pengguna WeChat dikatakan menghantar sekitar 74 mesej setiap hari, dan penggunaan panggilan video dan suara pada WeChat kini mencapai sekitar 100 juga panggilan setiap hari.






Mukah Pages berkongsi Informasi Teknoloji Terkini dari Amanz http://ift.tt/2inKsVA

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.