Vape Yang Dijual Di Malaysia Perlu Mendapatkan Kelulusan Sirim
Antara isu terhangat 2015 ialah berkenaan penggunaan rokok elektronik atau lebih dikenali sebagai vape. Ia mendapat perhatian kerana penggunaannya di kalangan remaja bawah umur dan menjejaskan penjualan rokok. Ia mudah didapati dengan banyak kedai vape dibuka seperti cendawan selepas hujan. Arahan pengharaman dan fatwa berbeza diberikan mengikut negeri. Selepas setahun akhirnya isu vape ini akhirnya semakin hampir menemui penyelesaian.
Penjualan vape kini akan dikawal di bawah KPDNKK, MOSTIdan Kementerian Kesihatan. Kementerian Kesihatan akan menggubal undang-undang baharu menggantikan Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004. Kementerian kesihatan akan memantau penjualan cecair vape menggunakan Akta Racun 1952 dan Akta Jualan Dadah 1952. KPDNKK pula akan mengawal selia menggunakan Akta Perihal Dagangan 2011 (Akta 730); Akta 599; Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan (Akta 723) dan Akta Timbang dan Sukat 1972 (Akta 71).
Pada waktu yang sama kesemua vape yang dijual perlu menjalani ujian dan mendapatkan kelulusan Sirim bagi memastikan ia selamat digunakan. Sudah terdapat beberapa kes vape yang meletup kerana penggunaan bateri yang tidak selamat. Dengan pembabitan tiga agensi kerajaan ini, mungkin industri vape akan berkembang semula selepas terjejas teruk sepanjang 2016. Sekiranya anda masih menggunakan vape, apakah pendapat anda mengenai berita ini?
Mukah Pages berkongsi Informasi Teknoloji Terkini dari Amanz http://ift.tt/2iyL5eI
Post a Comment