Hi! Welcome Back and Stay Tune! Permohonan Kerajaan Untuk Data Dari Facebook Meningkat Seluruh Dunia – Termasuk Di Malaysia - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Permohonan Kerajaan Untuk Data Dari Facebook Meningkat Seluruh Dunia – Termasuk Di Malaysia

Facebook merupakan laman sosial yang digunakan secara aktif di seluruh dunia, membuatkan pelbagai kerajaan turut kadang-kala memohon data daripada Facebook untuk beberapa tujuan dan siasatan. Untuk enam bulan pertama 2016, permohonan data daripada Facebook oleh kerajaan seluruh dunia dilihat meningkat, termasuk di Malaysia.

Namun, angka permohonan data oleh kerajaan Malaysia boleh dikatakan jauh masih sedikit jikalau dibandingkan dengan beberapa negara lain.

Untuk enam bulan pertama, Januari ke Jun 2016, kerajaan telah membuat permohonan hanya 18 permohonan berkaitan perundangan yang melibatkan 34 akaun pengguna. Selain daripada itu, satu permohonan turut dilakukan untuk tujuan kecemasan.

Pada masa yang sama, kerajaan Malaysia tidak membuat permohonan untuk sebarang halangan kandungan di Facebook – berbeza dengan beberapa negara yang lain yang membuat permohonan untuknya.

Seperti biasa, pihak Facebook mempunyai kebebasan untuk memberikan sesuatu data ataupun sebaliknya. Kebiasaannya pihak Facebook akan mematuhi sesuatu permohonan daripada pihak kerajaan jikalau pengguna tersebut sendiri melanggar peraturan dan tidak mengikuti terma dan syarat yang telah ditetapkan laman sosial berkenaan.






Mukah Pages berkongsi Informasi Teknoloji Terkini dari Amanz http://ift.tt/2ijdIMZ

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.